PUTRAJAYA, 18 Ogos 2022 –  Unit Integriti (UI) KBS dengan usaha sama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KBS telah menganjurkan Program Dialog Gov4youth – Kebebasan Kewangan : Realiti Vs Fantasi secara hibrid. Seramai 202 orang telah hadir secara fizikal yang terdiri daripada pegawai-pegawai muda daripada KBS, jabatan, agensi di bawah KBS serta lain-lain kementerian dan jabatan di sekitar Bangunan Parcel F Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Program ini bertujuan menerapkan literasi kewangan bagi meningkatkan pengetahuan dan perlu lebih peka akan kepentingan literasi kewangan peribadi dari awal perkhidmatan. Program yang berlangsung selama satu hari ini telah membincangkan dan berkongsi pelbagai topik menarik seperti Pinjam Jangan Sampai Pitam, Urus Wang Minda Tenang, dan Kebebasan Kewangan: Realiti vs Fantasi yang disampaikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan penceramah jemputan.

YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha KBS telah hadir menyampaikan ucapan dan pesanan menerusi Majlis Perasmian Penutup pada petangnya. Turut hadir adalah Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah i-LEAD, Puan Geetha Ramachandran, Ketua Unit Integriti serta barisan pengurusan KBS dan pegawai-pegawai kanan i-LEAD.

 

 

Go to top