Ipoh, 20 Ogos - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kempimpinan (i-Lead) komited dalam pembangunan belia khasnya aspek kenegaraan. Bertempat di Ipoh, YB Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu telah melancarkan Rukun Negara @ Belia (RNB). Turut hadir ke majlis pelancaran Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, YB Encik Khairul Shahril Bin Mohamed.
 
Program ini diwujudkan bagi meningkatkan penghayatan dan rasa cinta kepada negara khasnya dalam kalangan Belia #KeluargaMalaysia disamping memperkasakan semangat patriotik dalam kalangan anak muda serta menjana semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum #KeluargaMalaysia. Program ini selari dengan sambutan Hari Kebangsaan yang bakal disambut oleh seluruh #KeluargaMalaysia tidak lama lagi.

Pelbagai aktiviti dilakukan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak yang menarik penglibatan ibu bapa muda untuk menjiwai RUKUN NEGARA bersama anak-anak mereka. Terdapat juga Live Buskers, Paluan Gendang, pertandingan nyanyian lagu patriotik dan tradisional dan banyak lagi. Program ini berlangsung selama dua hari bemula pada 20 hingga 21 Ogos 2022 bertempat di AEON Klebang, Ipoh.
Go to top