Johor Bahru, 13 September - YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu telah merasmikan Stadium Mini Arena SMK Banda Baru Uda Johor Bahru.

Majlis dimulakan dengan lintas hormat oleh para pelajar yang terdiri daripada badan beruniform dan rumah sukan sambil disaksikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan. Tambah manis majlis turut diserikan dengan persembahan zapin, demo silat tempur dan pentomin sukan dari para pelajar SMK Bandar Baru Uda. YB Menteri juga sempat melungkan masa beramah mesra dengan warga pendidik SMK Bandar Baru Uda.

Semoga fasiliti baharu ini akan menjadi pemangkin kepada perkembangan industri sukan khusus di peringkat akar umbi dan komuniti setempat.
Go to top