Putrajaya, 13 September- Seminar Peranan Penjawat Awam Belia Dalam Memutuskan Rantaian Rasuah anjuran Kementerian Belia dan Sukan secara hybrid menerusi agensinya IYRES dan Unit Integriti KBS ini telah berjaya menarik hampir 1438 peserta. Sesi penutup telah disempurnakan YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha KBS bertempat di PICC Putrajaya.

YBhg. Dato’ KSU dalam ucapannya berkata seminar ini merupakan wadah ilmu agar masyarakat khususnya penjawat awam belia dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan isu jenayah rasuah dan salah laku lain agar semua penjawat awam terus memperkukuhkan azam, memperteguhkan iltizam dan memantapkan ikhtiar untuk bersama-sama berubah dan mengubah perkhidmatan awam kepada perkhidmatan yang dihormati, disegani, diteladani melalui aspek perkhidmatnnya, integritinya dan profesionalismenya.

Penjawat awam belia hendaklah mempamerkan sikap yang tegas, berani, adil dan sanggup risiko bagi menentukan integriti dan governans tidak dikompromikan.
Seminar ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Jabatan Perdana Menteri ini menyaksikan sebanyak 16 Resolusi telah dipersetujui pada hari ini.

Go to top