Bangi, 14 September - Majlis Menaikkan Bendera Kejohanan Sukan Malaysia XX MSN 2022 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, bertempat di perkarangan DECTAR UKM.
YBhg. Dato’ KSU dalam ucapannya pentas SUKMA ini adalah platform untuk kita melihat lahirnya bakat-bakat berpotensi besar yang suatu hari nanti bakal menjadi bintang-bintang utama sukan negara demi mengejar kegemilangan di peringkat antarabangsa. Ayuh, gemilangkanlah pentas saingan sukan malaysia, demi malaysia!
UKM mencatat satu lagi sejarah apabila dipilih sebagai kluster perkampungan utama yang menempatkan 4,203 orang atlet SUKMA ke-20 MSN 2022, pada tahun ini.
Majlis perasmian dan penutup SUKMA 2022 pula dijadualkan pada 17 dan 24 September di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM, Bangi.