15 & 21 Oktober 2022 – Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah melaksanakan Seminar Pendidikan Anti-Doping dengan kerjasama Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) Siri 1 dan 2 untuk memberi taklimat berkenaan pendidikan anti-doping kepada atlet-atlet pekak. Jurulatih, pengurus kepada atlet-atlet, Exco MSDeaf, Ahli Gabungan MSDeaf juga terlibat sama di dalam seminar ini.
 
Seminar ini bertujuan untuk memberi maklumat berkaitan pendidikan anti-doping yang merangkumi topik-topik pendidikan asas anti-doping seperti Pengenalan Asas mengenai Doping, latar belakang World Anti-Doping Agency, bahan-bahan terlarang yang terkandung di dalam senarai Prohibited List, WADC 2021, kesan terhadap penggunaan bahan terlarang, proses ujian kawalan doping, Therapeutic Use Exemption (TUE) dan hak seorang atlet apabila bersukan sebagai langkah persediaan awal sebelum kejohanan berlangsung.
 
Pihak ADAMAS berharap agar program seperti ini akan sentiasa diadakan bersama MSDeaf di masa akan datang. Pendidikan anti-doping wajar disampaikan bukan sahaja kepada atlet biasa, malah kepada atlet yang mempunyai keupayaan istimewa seperti MSDeaf ini. Semoga persekitaran sukan yang bersih dan bebas dari gejala doping, dapat disebarluaskan kepada semua golongan tanpa pengecualian.
 
Tahniah diucapkan kepada ADAMAS kerana ADAMAS adalah NADO yang pertama mengadakan taklimat untuk Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia!
 
“Play true means inclusiveness. No athlete should be left behind”
 
#BeClean #BeHealthy #BeProud #PlayTrue #WinClean #PurePerformance #SayNoToDoping #YouUseYouLose #DemiMalaysia

 

Go to top