Putrajaya, 8 November - Majlis Tautan Bakti Kementerian Belia dan Sukan 2022 ini diadakan untuk meraikan warga KBS yang telah bersara dan akan bersara pada tahun 2022. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha KBS.

Seramai 40 orang warga KBS diraikan dalam majlis ini. Pastinya #TeamKBS akan merasai kehilangan kakitangan dan pegawai yang bersama-sama mencurahkan khidmat bakti untuk bangsa dan negara.
Semoga kenangan berkhidmat di KBS menjadi memori terindah buat anda semua. Insha Allah kami disini akan sentiasa mendoakan anda dikurniakan kesejahteraan dan rezeki yang berpanjangan.

Terima kasih dan selamat bersara .

 
 
Go to top