Putrajaya, 9 November - Bertemakan “Integriti Teras Keluarga Malaysia” #TeamKBS telah menganjurkan Sambutan Hari Integriti 2022 peringkat kementerian.

Tema ini memberi penekanan kepada Konsep Keluarga Malaysia bertunjangkan tiga teras utama iaitu kebersamaan, keterangkuman dan kesyukuran.

Ia turut mencakupi amalan menyemai budaya integriti, budaya amanah, prinsip keadilan dan amalan bermusyawarah dalam membina akhlak mulia seluruh rakyat Malaysia, selari dengan komitmen KBS dalam usaha memperkasa dan membudayakan integriti dan tadbir urus yang baik.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha KBS.

Majlis juga turut diserikan dengan pengisian Bicara Integriti : Perkasa Bahasa Memacu Kerjaya yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Ghazali Bin Taib @ Dr. Gaz. Semoga perkongsian tersebut memberi manfaat buat #TeamKBS .

 

Go to top