Putrajaya, 10 November - Bertempat di Menara KBS, telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Belia dan Sukan. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha KBS.

Dalam amanat YBhg. Dato’ KSU, beliau berharap, dengan kedatangan tahun baharu yang bakal menjelang tiba dalam masa dua bulan lagi, #TeamKBS perlu sama-sama bergerak dengan lebih progresif dan menyuntik cara kerja serta cara berfikir yang lebih pragmatik.

Majlis juga turut meraikan warga KBS yang telah berkhidmat selama 20 tahun di Kementerian Belia dan Sukan. Turut disampaikan juga Hadiah Pemenang Program Keceriaan Dalaman KBS sempena Hari Kebangsaan 2022.

#TeamKBS #KeluargaMalaysia #DemiMalaysia

Go to top