Bangi, 8 Januari 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir ke Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM.

Beliau juga mengiringi YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital  menyampaikan Anugerah Ikon Sukan Terbaik yang diberikan kepada Mohd Al-Juferi Jamari.

AIS buat julung kalinya dianjurkan oleh Harian Metro untuk memberi pengiktirafan kepada atlet-atlet, paralimpik dan penggiat-penggiat industri sukan, termasuk kelab dan persatuan sukan atas kejayaan dan kecemerlangan mereka dalam kejohanan di dalam negara dan juga antarabangsa.

Penganjuran AIS juga bertujuan untuk menyemai budaya sukan yang sihat dan berdaya saing di kalangan rakyat Malaysia.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
Go to top