Putrajaya, 17 Januari 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri. Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Mesyuarat ini bertujuan ntuk merangka dan menyelaras kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan pembangunan belia dan sukan secara holistik.

Turut hadir Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Alfren Angin; semua Exco Belia dan Sukan Negeri, dan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.

Go to top