Putrajaya, 19 Januari 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyampaikan amanat di Perhimpunan Mesra Bulanan KBS Januari 2023.

Dalam amanat tersebut, YB Menteri mahu #TeamKBS bersama-sama beliau untuk mencapai KPI Kementerian Belia dan Sukan. Selain itu beliau juga mahu data yang dikumpulkan oleh IYRES dimanfaatkan dalam melaksanakan program KBS.
Data ini penting untuk memastikan program dapat dijalankan secara efektif dan berimpak tinggi. Selain itu, YB Menteri juga berharap agar agensi #TeamKBS dapat bekerjasama secara erat dalam menjayakan visi dan misi KBS.

Dalam majlis ini juga turut diadakan penyampaian hadiah kepada Puan Umaimah binti Husni, Timbalan Pengarah Akademi Kemahiran Belia Golf yang telah memenangi pertandingan Dream Together Alumni Contest di Korea.
Turut hadir YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta pengurusan tertinggi KBS.

Go to top