Kuala Lumpur, 19 Januari 2023 - YB Adam Adli hadir dan menyampaikan hadiah kepada pemenang di Majlis Penutup Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY).

#TeamKBS komited memperkasakan pembangunan belia Malaysia meliputi pelbagai perspektif termasuklah menjadikan keusahawanan sosial dalam kalangan belia sebagai salah satu faktor pemacu pertumbuhan sosioekonomi negara.
YB Timbalan Menteri dalam ucapannya menyeru kepada semua untuk bersama – sama dengan Kerajaan dan #TeamKBS untuk memperkasakan bidang keusahawanan sosial ini.

Pastinya SERY melahirkan belia berinovasi selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan keterlibatan belia dalam bidang keusahawanan sosial.

Pelaksanaan SERY mendapat sokongan dan kerjasama strategik daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), UNDP-UNICEF dan NAMA Foundation. Manakala NGO myHarapan pula berperanan selaku rakan pelaksana program.

Tahniah dan syabas kepada para pemenang malam ini. Berikut merupakan senarai pemenang SERY :
Tempat Pertama - Borneo Fertilyst
Tempat Kedua - Komuniti Pulau
Tempat Ketiga - Maestro
 
Go to top