Putrajaya, 28 Januari 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menghadiri Kick-off Program Skills for Life 2023 di Menara KBS.
Program yang merupakan inisiatif #TeamKBS melalui Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bertujuan membantu dan sebagai sebahagian usaha dan inisiatif kementerian dalam menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.
Program Skills For Life menawarkan latihan kemahiran asas kepada komuniti, khususnya golongan belia setempat. YB Menteri menegaskan program ini adalah program baharu KBS yang akan diadakan pada hujung minggu dan menyasarkan penglibatan belia.
Latihan kemahiran asas yang akan diadakan dengan menggunakan kaedah ‘Do It Yourself’ dilaksana pada hujung minggu bulan Februari hingga Mac 2023 ini. Sebanyak 22 aktiviti telah dirancang antaranya senggaraan elektrik yang asas, pembaikan asas kenderaan dan penyaman udara, menggunting rambut, serta penyediaan masakan tradisional. Selain dari latihan kemahiran asas, program ini akan diperluaskan kepada Kelas Bahasa. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran bahasa khususnya kepada belia yang akan menghadiri temuduga.
Pelaksanaannya di Putrajaya pada hari ini merupakan kick-off program Skills For Life dan hari ini melibatkan kemahiran asas menggunting rambut dan personel, iaitu Men’s Haircut: High Fade Style oleh IKBN Kemasik serta Night Glam Makeup oleh IKBN Peretak. Turut hadir ke program ini YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta Encik Shahrul Affendi Baharudin Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia.