YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan melancarkan Kod Sukan Selamat, di Menara KBS.
Kod Sukan Selamat dilancarkan sebagai panduan dan rujukan kepada Komuniti Sukan mengenai skop sukan selamat dan tanggungjawab Komuniti Sukan secara jelas dan menyeluruh.
Kod ini juga memberi tafsiran kepada jenis-jenis salah laku yang berlaku dalam sukan berpandukan kepada garis panduan antarabangsa dan juga undang-undang tempatan.
Pelancaran Kod Sukan Selamat adalah cerminan kepada komitmen semua pemegang taruh dalam memastikan persekitaran sukan kita di Malaysia adalah bebas daripada segala bentuk penderaan dan gangguan seterusnya meningkatkan tahap pencapaian sukan negara di peringkat antarabangsa.
Turut hadir YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.