Mac 2023 - Bengkel Pembangunan Modul “Kita Juara” ADAMAS 2023 telah dilaksanakan di Pusat Belia Antarabangsa(IYC), Cheras, Kuala Lumpur bagi memastikan keperluan yang telah digariskan di dalam International Standard for Education (ISE) di bawah perkara 5.1 yang menetapkan Pendidikan Berasaskan Nilai (Value Based Education) harus menjadi fokus utama ADAMAS dalam memastikan persekitaran bebas doping. Selaras dengan keperluan tersebut, bengkel ini dilaksanakan bagi memastikan satu Modul Pendidikan Berasaskan Nilai (Value Based Education) versi Malaysia, dapat direka dan dibangunkan.

Bengkel ini telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pendidikan Anti-Doping dan stakeholder ADAMAS seperti dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Sukan Negara. Selain daripada itu, Educators ADAMAS juga hadir bagi membantu ADAMAS bagi membangunkan modul yang dirancang ini. YBrs. Dr. Lee Kwan Meng dan Tuan Saezull bin Ismail telah dilantik sebagai fasilitator bagi memudahkan perjalanan bengkel ini. Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) sedang dalam usaha membangunkan modul/kurikulum selaras dengan keperluan yang terkandung di dalam program Pendidikan Anti-Doping pada tahun ini di bawah Pelan Pendidikan ADAMAS 2023

Jutaan terima kasih diucapkan bagi peserta yang menjayakan bengkel ini. Pihak ADAMAS berharap agar pelaksanaan bengkel ini juga akan dapat menjayakan pembangunan modul sebagai bahan pendidikan yang berkualiti untuk atlet “minor” khususnya dari kalangan pelajar sekolah.

#BECLEAN #BEHEALTHY #BEPROUD #WADA #ANTIDOPINGEDUCATION #SEARADO #WINCLEAN #CLEANSPORT #TEAMKBS #ADAMASMALAYSIA
Go to top