KUNJUNGAN HORMAT DUTA JEPUN KE ATAS YB MENTERI BELIA DAN SUKAN

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada H.E Katsuhiko Takahashi, Duta Jepun ke Malaysia pada 11 April 2023 di Menara KBS, Putrajaya.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun terutamanya dalam kerjasama pembangunan belia dan sukan serta membincangkan bidang kerjasama yang boleh diterokai bersama.

Malaysia menyambut baik peluang untuk mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara melalui program pembangunan belia dan sukan.

Turut sama semasa kunjungan hormat tersebut adalah YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, YBrs. Dr Norhasmat bin Abdul Aziz, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, Puan Nurdiyana Binti Baharum, Setiausaha Sulit Kanan YB Menteri dan En. Ahmad Faedzal bin Ramly, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara.
Go to top