Pengisian kunjungan didahului dengan sesi kunjungan hormat YBrs. Encik Morshidi Fredrick, Setiausaha Tetap MYSED kepada YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha (KSU) KBS.
Agenda diteruskan dengan mesyuarat dan perbincangan mengenai pembentukan dasar belia dan sukan bersama MYSED yang dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS.
MYSED berkesempatan menyertai program Town Hall Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada hari yang sama.
Hasil daripada kunjungan ini, pelbagai input telah diperolehi antara kedua-dua belah pihak dan KBS menyambut baik kerjasama pihak MYSED dalam pembangunan belia dan sukan di negara ini. KBS juga merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan Kerajaan Negeri Sarawak yang sentiasa menyokong pelaksanaan inisiatif di peringkat persekutuan.
Pihak MYSED yang turut hadir dalam mesyuarat dan perbincangan tersebut ialah Encik Jee Chinfu, Encik Zulkarnain bin Ismail, Encik Khairul Nizam bin Morshidi dan Puan Nur Melanie Stephanie Woon.