Untuk memastikan Kementerian Belia dan Sukan dan agensi-agensi di bawahnya mempunyai struktur organisasi yang sesuai dan jumlah perjawatan yang mencukupi. Cawangan ini juga menyediakan perancangan perjawatan yang tersusun supaya Kementerian ini menjadi sebuah organisasi yang cekap dan berkesan.
Fungsi dan Peranan
- Perancangan strategik dan kajian peranan, program dan aktiviti KBS.
- Merancang struktur organisasi KBS.
- Mengkaji keperluan dan pewujudan jawatan baru.
- Mengkaji pemansuhan dan penggredan semula jawatan.
- Menyelaras dan memantau Pelaksanaan Pangkalan Data Personel berdasarkan HRMIS di seluruh agensi di KBS.
- Pengemaskinian Maklumat Perjawatan melalui Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM).
- Pengauditan Sumber Manusia.
Piagam Pelanggan
Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang profesional bagi memastikan Kementerian mempunyai struktur organisasi yang sesuai dengan perjawatan yang mencukupi. Kami juga menyediakan tenaga sumber manusia yang terancang bagi membolehkan Kementerian ini menjadi sebuah organisasi yang cekap dan berkesan. Untuk itu kami berjanji:
- Memproses permohonan penyusunan semula yang lengkap dan kemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pertimbangan dalam tempoh enam puluh hari (60) hari waktu bekerja.
- Mengedarkan kelulusan Waran Perjawatan dari Perbendaharaan Malaysia kepada Pelanggan dalam masa tiga (3) hari waktu bekerja.
- Memberi maklumat perjawatan yang dipohon lengkap oleh pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.