KLANG, 10 MEI 2015 – Selangor Calisthenics Association menghimpunkan penggerak sukan kalistenik di seluruh Negeri Selangor dan beraksi di Karnival Mesra Belia Meru 2015 bertempat di Padang Awam Taman Meru 3, Klang yang dianjurkan GB4B (M) Cawangan Meru hari ini.
Selangor Calisthenics Association merupakan gabungan persatuan-persatuan kalistenik di setiap daerah di bawah Negeri Selangor yang terdiri daripada anak-anak muda berumur di antara 15 hingga 30 tahun yang aktif dalam sukan kalistenik.
Diantara kelab yang turut bergabung di bawah persatuan di peringkat daerah adalah Bar-pacs, Bar-Young, Baresthetics, Bar-Dallaz, Baraqah, Bar-Setia, Bar-Swat, Bar-Dak, Bar-Thing, Malaysian Bar United, Republican Of Bar, Bar-Raja, dan Bargasm. Pelbagai aksi lasak dipersembah kepada pengunjung yang hadir dalam karnival tersebut. Rata-rata pengunjung yang hadir begitu teruja dengan persembahan kalistenik yang dilakukan setiap wakil kelab.
Sebarang pertanyaan untuk menjadi sebahagian daripada ahli persatuan ataupun persembahan boleh menghubungi Setiausaha Persatuan, Muhammad Ridwan Muhammad Sufian di talian 014-9895802.
Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin ( PBSD Klang )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.