Permohonan Dana • Sukan Komuniti

Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan.

Dana Sukan Komuniti (DSK) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertujuan untuk memberikan bantuan berbentuk dana bagi penganjuran program sukan komuniti kepada persatuan/ pertubuhan/ kelab yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) di bawah Kementerian Belia dan Sukan serta pertubuhan bukan kerajaan berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Skop pelaksanaan program/aktiviti adalah di peringkat komuniti yang melibatkan program pembangunan sukan termasuk aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi.

Jumlah Permohonan
10,027
Dari 2023 sehingga 2026
Jumlah Kelulusan
5,446
Dari 2023 sehingga 2026
Jumlah Dana (RM)
67,355,174
Dari 2023 sehingga 2026
Permohonan Aktif
802
Kelulusan semasa 2026
Senarai Kelulusan 2026
KELAB BELIA PADANG BALOH PERSATUAN KHO KHO SELANGOR KELAB BELIA GUA KELAB BADMINTON MK KELAB BOLASEPAK TINI UNITED KELAB SUKAN KECERGASAN KEPONG SEGAMBUT KELAB SUKAN WUSHU TONGYEE OHSONGTIAN KELAB BERBASIKAL BMX INDERA MAHKOTA KARISMA KELAB BOLING TAMING SARI SEGAK FOOTBALL CLUB KELAB BOLING SERI NANGKA PERSATUAN BOLA TAMPAR CAWANGAN BATU PAHAT PERSATUAN SUKAN ORIENTEERING NEGERI KELANTAN MAJLIS BELIA SELANGOR DAERAH GOMBAK KELAB SUKAN REKREASI BUKIT MARAS KELAB SEPAK TAKRAW GENTURUNG KATIBAS REAL MIX SOCCER CLUB PERSATUAN MEMANAH TRADISIONAL NEGERI SARAWAK UNITED SPORTS RECREATION CLUB GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA KAWASAN TAPAH PERSATUAN SEPAKTAKRAW DAERAH KUANTAN KELAB MEMANAH ASSYAKIRIN KELAB PINGPONG PARA GAURUS PERSATUAN RENANG AMATUR KEDAH PERSATUAN PETANQUE DAERAH BERA KELAB TINJU JAB SIBU PERSATUAN BOLING PADANG ORANG KURANG UPAYA NEGERI SEMBILAN LAYAR HILLS SEPAK TAKRAW CLUB KELAB BOLA TAMPAR NELANG PERSATUAN BOLA JARING NEGERI PERLIS (2023) KELAB BOLA TAMPAR HELANG J4 PERSATUAN CATUR NEGERI KEDAH KELAB BOLA SEPAK BEBAS PERSATUAN STREET WORKOUT DAN CALISTHENICS JOHOR BAHRU PERSATUAN OLAHRAGA DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA (BARU) KELAB MEMANAH TRADISIONAL KIDURONG TOK KADOQ BADMINTON CLUB KELAB BOLA SEPAK SIYEX PERSATUAN TAEKWONDO DAERAH KUANTAN (GTF) KELAB BADMINTON HARIMAU SELATAN KELAB BOLA SEPAK PENYU MUDA KELAB RAKAN MUDA PORT DICKSON KELAB BELIA TERAS TAMAN SRI MUDA KELAB SEPAK TAKRAW TAMAN TANJUNG BAKTI JOURNEY REVOLUTION BMX CLUB HARDCORE VOLLEYBALL CLUB KELAB KECERGASAN GIMNASIUM 1 MALAYSIA TELUK INTAN PERSATUAN MENDAKI NEGERI SARAWAK KELAB FUTSAL TOP EIGHT BINTULU KELAB BADMINTON PENGKALAN NYIREH KELAB BELIA PADANG BALOH PERSATUAN KHO KHO SELANGOR KELAB BELIA GUA KELAB BADMINTON MK KELAB BOLASEPAK TINI UNITED KELAB SUKAN KECERGASAN KEPONG SEGAMBUT KELAB SUKAN WUSHU TONGYEE OHSONGTIAN KELAB BERBASIKAL BMX INDERA MAHKOTA KARISMA KELAB BOLING TAMING SARI SEGAK FOOTBALL CLUB KELAB BOLING SERI NANGKA PERSATUAN BOLA TAMPAR CAWANGAN BATU PAHAT PERSATUAN SUKAN ORIENTEERING NEGERI KELANTAN MAJLIS BELIA SELANGOR DAERAH GOMBAK KELAB SUKAN REKREASI BUKIT MARAS KELAB SEPAK TAKRAW GENTURUNG KATIBAS REAL MIX SOCCER CLUB PERSATUAN MEMANAH TRADISIONAL NEGERI SARAWAK UNITED SPORTS RECREATION CLUB GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA KAWASAN TAPAH PERSATUAN SEPAKTAKRAW DAERAH KUANTAN KELAB MEMANAH ASSYAKIRIN KELAB PINGPONG PARA GAURUS PERSATUAN RENANG AMATUR KEDAH PERSATUAN PETANQUE DAERAH BERA KELAB TINJU JAB SIBU PERSATUAN BOLING PADANG ORANG KURANG UPAYA NEGERI SEMBILAN LAYAR HILLS SEPAK TAKRAW CLUB KELAB BOLA TAMPAR NELANG PERSATUAN BOLA JARING NEGERI PERLIS (2023) KELAB BOLA TAMPAR HELANG J4 PERSATUAN CATUR NEGERI KEDAH KELAB BOLA SEPAK BEBAS PERSATUAN STREET WORKOUT DAN CALISTHENICS JOHOR BAHRU PERSATUAN OLAHRAGA DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA (BARU) KELAB MEMANAH TRADISIONAL KIDURONG TOK KADOQ BADMINTON CLUB KELAB BOLA SEPAK SIYEX PERSATUAN TAEKWONDO DAERAH KUANTAN (GTF) KELAB BADMINTON HARIMAU SELATAN KELAB BOLA SEPAK PENYU MUDA KELAB RAKAN MUDA PORT DICKSON KELAB BELIA TERAS TAMAN SRI MUDA KELAB SEPAK TAKRAW TAMAN TANJUNG BAKTI JOURNEY REVOLUTION BMX CLUB HARDCORE VOLLEYBALL CLUB KELAB KECERGASAN GIMNASIUM 1 MALAYSIA TELUK INTAN PERSATUAN MENDAKI NEGERI SARAWAK KELAB FUTSAL TOP EIGHT BINTULU KELAB BADMINTON PENGKALAN NYIREH
Jadual Permohonan

Jendela DSK 2026

Semak bila permohonan ditutup, tempoh program yang layak dilaksanakan, dan jangkaan tarikh keputusan bagi setiap jendela permohonan.

Tertakluk kepada perubahan semasa
Jendela
Permohonan Ditutup
Tarikh Program
Tarikh Keputusan
Jendela 1
31 Dis 2025
15 Feb – 31 Okt
15 Jan
Jendela 2
28 Feb 2026
15 Apr – 31 Okt
15 Mac
Jendela 3
15 Apr 2026
15 Jun – 31 Okt
15 Mei
Jendela 4
1 Jul 2026
1 Sept – 31 Okt
31 Jul
Fokus Program

Tujuan / Objektif

Dana Sukan Komuniti diwujudkan bagi menyokong penganjuran program sukan di peringkat komuniti yang lebih tersusun, inklusif dan memberi impak kepada masyarakat. Objektif di bawah menjadi asas kepada penilaian dan hala tuju setiap permohonan.

Hala tuju program

Skor IBSM

Meningkatkan skor Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) selaras yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13;

Token Sumbangan

Sebagai token sumbangan bagi menggalakkan penganjuran program peringkat komuniti;

Perkembangan industri sukan

Menggalakkan perkembangan industri sukan;

Menjadikan Malaysia negara bersukan

Menjadikan Malaysia negara bersukan selaras dengan Visi Sukan Negara 2030; dan

Memperkasakan komuniti

Memperkasakan komuniti, mengukuhkan perpaduan dan menggalakkan gaya hidup aktif.

Ringkasan Maklumat

Skop Permohonan

Permohonan adalah meliputi penganjuran program sukan seperti berikut:

Tertakluk kepada dokumen rasmi

Melibatkan 103 jenis sukan

Melibatkan 103 jenis sukan di bawah Jadual Pertama Akta Pembangunan Sukan 1997 seperti mana dinyatakan dalam Pekeliling Pesuruhjaya Sukan Bilangan 2 Tahun 2023;

Program belum dilaksanakan

Program yang dipohon belum dilaksanakan sebelum tarikh permohonan ditutup;

Aktiviti terbuka kepada komuniti

Aktiviti sukan terbuka kepada penyertaan pelbagai kaum serta menggalakkan perpaduan;

Tiada sanksi / tindakan

Mendapat sanksi daripada Persatuan Sukan Negeri/Kebangsaan yang berdaftar dengan Pejabat PesuruhjayaSukan (PJS);

Pembangunan sukan komuniti

Program Pembangunan sukan merangkumi aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi;

Permohonan oleh persatuan/kelab

Persatuan/Pertubuhan/Kelab dibenarkan membuat permohonan lebih daripada satu (1) dengan syarat:

  • Nilai kelulusan terkumpul tidak melebihi RM50,000.00;
  • Hanya satu (1) permohonan bagi setiap Jendela;

Berdasarkan alamat persatuan

Permohonan digalakkan berdasarkan alamat persatuan/kelab sahaja.

Semakan ringkas sebelum memohon

Nak tahu sukan yang mana layak untuk mohon DSK?

Sila semak jenis dan sub jenis sukan yang layak di bahagian Jadual Pertama sebelum meneruskan permohonan anda.

Semak Jadual Pertama
DSK - Kategori Pemohon
Syarat Permohonan

Kategori Pemohon

Ringkasan syarat kelayakan berdasarkan kategori pemohon & keperluan pelaksanaan program.

Persatuan/ Pertubuhan/ Kelab yang berdaftar dengan PJS dan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) di bawah KBS dan telah menghantar Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) atau Maklumat yang Kena Diberi (MYKD) bagi tahun 2024 atau 2025 adalah layak untuk memohon;

Permohonan peringkat Kementerian dibuka kepada Persatuan/ Pertubuhan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berstatus peringkat Kebangsaan sahaja;

  • Permohonan peringkat Negeri dibuka kepada Persatuan/ Pertubuhan/ Kelab yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan (PJS), Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berstatus peringkat Negeri/ Daerah/ Komuniti.

Bagi penganjuran program peringkat Daerah/ Kelab/ Komuniti, pemohon tidak perlu mendapatkan sanksi, walau bagaimanapun digalakkan membuat caruman insuran sebagai perlindungan kepada peserta;

Bagi penganjuran program peringkat Negeri, pemohon perlu mendapatkan sanksi dari Persatuan Sukan Kebangsaan;

Walau bagaimanapun, bagi penganjuran pertandingan/ perlumbaan yang berisiko perlu mendapatkan sanksi daripada Persatuan Sukan Negeri/ Kebangsaan yang berdaftar dengan PJS;

Penganjuran program untuk memperkenalkan sukan atau meningkatkan kemahiran asas peserta dalam sesuatu sukan yang dikenali sebagai Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) dengan syarat berikut:

  • Persatuan/ Pertubuhan/ Kelab berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS);
  • Latihan taktikal sukan / Kemahiran sukan;
  • Pelaksanaannya secara teori dan praktikal;
  • Dilaksanakan secara bersiri (minimum 3 siri);
  • Tidak melibatkan peruntukan untuk penginapan;
  • Program mesti menggunakan penjenamaan “KLAS” di bawah JBSN; dan
  • Permohonan di peringkat negeri sahaja.
Maklumat ini perlu dirujuk sepenuhnya sebelum memulakan permohonan bagi memastikan kesesuaian kategori dan pelaksanaan program.
Semakan Asas

Kelayakan & Penolakan

Semak kelayakan asas pemohon dan perkara yang boleh menyebabkan sesuatu permohonan tidak dipertimbangkan.

Perbincangan dan semakan dokumen permohonan
Semakan sebelum memohon

Teliti syarat sebelum hantar

Bahagian ini membantu pemohon menyemak perkara asas yang diperlukan dan memahami situasi yang boleh menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan.

Pemohon perlu mengemukakan salinan sijil pendaftaran yang sah serta memuat naik ke dalam sistem dokumen-dokumen bukti tersebut semasa membuat permohonan.

Baki minima dalam penyata akaun bank pemohon adalah mengikut peringkat Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan iaitu RM500.00 bagi peringkat negeri dan RM100.00 bagi peringkat daerah.

Berdaftar selain di bawah PJS/ ROY dan ROS;

Pemohon yang telah digantung atau dibatalkan pendaftarannya atau yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan masing-masing (MYKB/ MYKD);

Pemohon yang pernah diluluskan Dana Sukan KBS namun tidak menghantar Laporan Pelaksanaan Program.

Permohonan daripada entiti atau organisasi politik;

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat;

Program sukan yang sedang berlangsung atau telah tamat;

Menjalankan perniagaan/ aktiviti yang dilarang oleh Kerajaan;

Entiti yang telah disenarai hitam atau diisytiharkan bankrap oleh pihak Kerajaan;

Bertentangan dengan undang-undang atau dasar-dasar Kerajaan semasa, menyentuh sensitiviti atau menjejaskan keharmonian rakyat, komuniti serta menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam;

Penganjuran sukan yang terlibat dengan mana-mana individu/organisasi yang menjalankan perniagaan/aktiviti yang dilarang oleh Kerajaan, termasuk minuman keras, berasaskan tembakau, rokok elektronik, perjudian atau berunsur seksual;

Syarikat, Yayasan, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan;

Penganjuran Acara Antarabangsa;

Butiran perbelanjaan yang tidak diperincikan (contoh: Makan Minum RM15.00 x 30 orang x 2 hari = RM900.00);

Permohonan program atas nama yang sama; dan

Program yang berbentuk bengkel, ekspo, konvensyen dan seumpamanya.

Klik pada setiap bahagian untuk melihat maklumat dengan lebih terperinci.
Proses & Keperluan Permohonan

Permohonan DSK KBS

Langkah permohonan, maklumat yang perlu disertakan, dokumen muat naik, serta jadual jendela permohonan.

Permohonan boleh diisi secara dalam talian yang boleh dicapai di pautan yang disediakan di laman sesawang KBS;
Permohonan dalam talian perlu disertakan bersama maklumat berikut:
Permohonan rasmi

Permohonan rasmi

Permohonan rasmi menggunakan kepala surat rasmi (letterhead).

Maklumat pemohon

  • Peringkat Pelaksanaan
  • Nama Persatuan/ NGO
  • Alamat
  • Jenis Pendaftaran
  • No Pendaftaran Persatuan/ NGO
  • Tarikh Pendaftaran Persatuan/ NGO
  • Nama Akaun Bank Persatuan/ NGO
  • Nombor Akaun Persatuan/ NGO
  • Nama Pemohon
  • Jawatan dalam Persatuan/ NGO
  • No Tel. Pejabat
  • No Tel. Bimbit
  • Emel

Maklumat program

  • Nama Program
  • Jenis Acara Sukan
  • Tarikh Program
  • Lokasi Program
  • Negeri Lokasi
  • Kos Program
  • Perincian Perbelanjaan
  • ROI / Faedah: Nilai Pulangan (RM), Nilai Penajaan (RM), Bil Penyertaan/Peserta, Bil Pengunjung/Penonton, Lain-lain
  • Ringkasan Program

Dokumen muat naik

  • Kertas kerja lengkap
  • Salinan sijil pendaftaran dan yang berkaitan
  • Senarai Jawatankuasa Persatuan/ Pertubuhan/ Kelab
  • Salinan Pengesahan Penghantaran MYKB/ MYKD bagi tahun 2024 atau 2025
  • Penyata Akaun Bank Terkini
  • Slip eVendor/ iGFMAS

Perkara tambahan

  • Perincian perbelanjaan (perlu jelas setiap butiran perbelanjaan);
  • Senarai terimaan bantuan daripada pihak lain (jika ada);
  • Kertas cadangan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;
  • Penganjur boleh dihubungi untuk pembentangan (sekiranya perlu) sebelum dibawa ke Jawatankuasa Teknikal & Pelulus;
  • Jawatankuasa Pelulus berhak membuat semakan semula/pindaan garis panduan dari semasa ke semasa;
  • Jawatankuasa Pelulus berhak meluluskan permohonan di luar jendela;
Jendela permohonan

Jendela permohonan

Permohonan melalui talian akan dibuka sebanyak empat (4) peringkat bermula pada 15 Disember 2025. Butirannya adalah seperti berikut:

Rujuk jadual jendela permohonan

Perincian penting: Keputusan Jawatankuasa Pelulus adalah MUKTAMAD dan segala rayuan tidak akan dipertimbangkan. Tempoh pelaksanaan program yang diluluskan adalah sehingga 31 Oktober 2025 dan sebarang pelanjutan selepas tarikh tersebut adalah TIDAK DIBENARKAN.

Had Pembiayaan

Siling Kelulusan

Maklumat had kelulusan berdasarkan peringkat permohonan dan kaedah penilaian semasa.

Kelulusan Peringkat Negeri

Nilai kelulusan bagi permohonan peringkat negeri adalah maksimum sehingga RM30,000 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Sahaja).

Kelulusan Peringkat Kementerian

Bermula dari RM30,000 sehingga RM500,000.

Penilaian Kelulusan

Nilai kelulusan adalah berdasarkan penilaian dan syor Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pelulus selari dengan garis panduan semasa.

Garis Panduan Tuntutan

Dokumen & Pembayaran

Semak dokumen, bukti pelaksanaan, dan keperluan tuntutan yang perlu dikemukakan selepas program.

Dokumen & Bukti Pembayaran

Penyaluran dana kelulusan dibuat seperti berikut :

Penyaluran dana di peringkat Kementerian bagi semua kelulusan adalah secara penuh (100%) termasuk program profil di peringkat Kementerian atau Negeri; dan

Penyaluran dana di Peringkat Negeri bagi semua kelulusan adalah secara penuh (100%) termasuk program profil di peringkat Negeri.
Akuan Terimaan beserta syarat dan terma yang dipersetujui bersama;
Laporan perlu dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas program selesai dilaksanakan beserta senarai nama peserta;
Laporan komprehensif bergambar beserta bukti-bukti pelaksanaan termasuk timbal balas (deliverables) yang dipersetujui bersama di dalam Surat Kelulusan/ Akuan Terimaan;
Perincian perbelanjaan sebenar beserta dokumen sokongan (resit/ baucar/ penyata bank asal – perlu cop persatuan dan tandatangan setiap helaian) sebagai bukti penganjuran program telah dilaksanakan dengan jayanya; dan pihak Kewangan KBS berhak membayar tuntutan yang kurang daripada jumlah yang diluluskan sekiranya resit yang dikemukakan untuk bayaran tuntutan balik kurang daripada jumlah yang diluluskan;
Memuat naik video pelaksanaan program berdurasi 1- 2 minit - link drive upload akan disediakan (bagi program yang mempunyai impak tinggi);
Persatuan / Pertubuhan / Kelab perlu berdaftar dengan sistem E-Vendor;
Perlu mengemukakan sijil pendaftaran persatuan yang telah disahkan oleh jabatan/ agensi kerajaan;
Perlu mengemukakan salinan pengesahan penerimaan MYKB/ MYKD tahun sebelum yang telah dihantar;
Perlu mengemukakan penyata bank konvensional Persatuan yang terkini (penyata mesti sama dengan maklumat yang dikemaskini di dalam sistem E-Vendor);
Perlu mengemukakan senarai jawatankuasa terkini Persatuan/ Pertubuhan/ Kelab bagi tahun semasa;
Lampiran minit kelulusan menyatakan nama-nama penerima bantuan yang telah diluluskan;
Lampiran Kelulusan dan Akuan Terimaan.
Simpan dokumen dan bukti
Simpan dokumen & bukti untuk semakan.
Sedia untuk semakan
Sedia untuk semakan/pembentangan jika diperlukan.
Garis Panduan · DSK KBS

Tanggungjawab Pemohon

Rujuk tanggungjawab semasa program berlangsung, selepas program, serta tuntutan dokumen dan pembayaran.

Semasa Program Berlangsung

Pematuhan syarat

Pemohon hendaklah memastikan pelaksanaan dan penganjuran program mengikut syarat-syarat dan terma yang telah dipersetujui bersama.

Hebahan/penjenamaan

Pemohon hendaklah meletakkan logo KBS dan logo Rakan Muda dalam penganjuran program sukan yang diluluskan. Pemohon boleh merujuk Garis Panduan Penggunaan Logo KBS dan Logo Rakan Muda yang boleh diakses di laman sesawang KBS;

Media sosial

Pemohon hendaklah memuatnaik gambar atau video pelaksanaan program di dalam media sosial dan meletakkan tanda pagar #dskkbs2026 #kbsmalaysia #rakanmuda;

Pemohon tidak dibenarkan menggunakan atau memaparkan logo parti politik pada bahan promosi atau hebahan program;

Rekod penyertaan

Pemohon perlu menyimpan rekod peserta/penglibatan program untuk tujuan semakan dan pelaporan.

Pemantauan

Pihak sekretariat akan membuat pemantauan berkala bagi memastikan setiap syarat yang telah ditetapkan sentiasa dipatuhi oleh pihak penganjur.

Selepas Program Berlangsung

Laporan lengkap

Pemohon hendaklah mengemukakan laporan komprehensif bergambar mengikut format yang disediakan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas program selesai seperti dalam syarat dan terma yang dipersetujui bersama di dalam Surat Kelulusan/ Akuan Terimaan;

Mencapai Sasaran

Pemohon hendaklah memastikan penganjuran program memenuhi kualiti dan jangkauan KBS termasuk mencapai sasaran yang dikehendaki; dan

Dokumen sokongan

Pemohon hendaklah melengkapkan dokumen tuntutan seperti yang disenaraikan dalam Perkara 9 Garis Panduan DSK.

Checklist • Rujukan cepat

Senarai Semak

Gunakan senarai semak ini untuk pastikan semua tindakan dan dokumen lengkap sebelum permohonan dan semasa tuntutan.

Lompat ke Tuntutan

Permohonan

Pastikan lengkap sebelum hantar
Senarai Semak Permohonan
Ruang “Tanda/” & “Catatan” untuk kegunaan sendiri
BIL TINDAKAN TANDA / CATATAN
1
  • Permohonan secara dalam talian beserta dokumen yang lengkap
  • Dihantar dalam tempoh yang telah ditetapkan
(✓ / ✗)

Pelaporan

Susun dokumen mengikut turutan
Senarai Semak Tuntutan
Rujuk tempoh & format yang ditetapkan
BIL TINDAKAN TANDA / CATATAN
1 Laporan komprehensif bergambar mengikut format yang disediakan beserta bukti-bukti pelaksanaan program termasuk timbal balas (deliverables) yang dipersetujui bersama di dalam Surat Kelulusan/ Akuan Terimaan;
2 Perincian perbelanjaan sebenar beserta dokumen sokongan sebagai bukti penganjuran program telah dilaksanakan dengan jayanya;
3 Dokumen mesti lengkap seperti dinyatakan dalamPerkara 9;
4 Berdaftar dengan E-Vendor;
5 Sijil pendaftaran persatuan yang diiktiraf oleh agensi Kerajaan;
6 Penyata bank yang terkini (penyata perlu sama seperti yang didaftarkan dalam sistem E-Vendor);
7 Senarai ahli jawatankuasa terkini persatuan/ pertubuhan/ kelab bagi tahun semasa;
8 Salinan Pengesahan Penerimaan MYKB/ MYKD/Penyata Pertubuhan dua (2) tahun sebelum;
9 Surat Kelulusan dan Akuan Terimaan.
Rujukan • Soalan Lazim

FAQ

Himpunan soalan lazim berkaitan tuntutan, dokumen, tempoh penyerahan dan proses permohonan DSK. Gunakan carian untuk jumpa jawapan lebih pantas.

Soalan Lazim Dana Sukan Komuniti
11 item
1. Siapa layak menuntut bayaran DSK. Kelayakan tuntutan selepas kelulusan.
Pemohon yang telah menerima emel Surat Kelulusan daripada Sekretariat DSK KBS serta notifikasi status “DILULUSKAN” dalam sistem DSK.
2. Berapa Lama Tempoh penyerahan semula Surat Kelulusan Program dan Surat Akuan Penerimaan. Tempoh masa tindakan selepas surat dikeluarkan.
Pemohon hendaklah mengembalikan Surat Kelulusan Program dan Surat Akuan Penerimaan yang telah ditandatangani dan disaksikan dengan sempurna dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat dikeluarkan.
3. Bagaimana Proses tuntutan bayaran. Langkah asas tuntutan & tempoh.
  • Pemohon hendaklah mengisi dan mengembalikan borang pelaporan program yang telah ditandatangani dan disaksikan dengan sempurna bersama butiran resit dan bukti pelaksanaan pelaksanaan program dan dokumen sokongan yang disenaraiakan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas program selesai dilaksanakan.
  • Sebarang kelewatan daripada tarikh tersebut tidak akan dilayan dan pembayaran tidak akan diproses.
4. Apakah dokumen – dokumen yang diperlukan bagi tuntutan pembayaran Pemohon yang berjaya hendaklah mengemukakan:
Surat Kelulusan Program Bantuan Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Borang Akuan Penerimaan (salinan asal) yang ditandatangani / cop rasmi persatuan dalam tempoh empat belas (14) hari secara serahan tangan. .
5. Dokumen Laporan perbelanjaan, untuk tujuan tuntutan. Format ringkas & contoh nilai.
Pemohon hendaklah menghantar laporan/butiran kewangan keseluruhan program.

Contoh:
Nilai Permohonan : RM40,000.00
Nilai Kelulusan DSK : RM20,000.00
6. Penyerahan Akuan Terimaan dan dokumen – dokumen tuntutan. Alamat & kaedah serahan.
Dokumen asal tersebut hendaklah dikemukakan secara serahan tangan atau pos ke alamat seperti di bawah:

SEKRETARIAT DANA SUKAN KOMUNITI
Kementerian Belia dan Sukan

Aras 2, Menara KBS
No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya

*salinan tidak dipertimbangkan.
7. Pendaftaran e - VENDOR Keperluan eVendor / iGFMAS.
Semua pemohon hendaklah mendaftar eVENDOR di laman sesawang Jabatan Akauntan Negara untuk proses penerimaan bayaran.

Bagi pemohon yang telah berdaftar, pemohon hendaklah mengemukakan salinan slip Maklumat Vendor iGFMAS
8. Siapakah Saksi dokumen (Akuan Terimaan) Peranan individu sebagai saksi.
Saksi bagi tandatangan dokumen adalah individu daripada kelab/persatuan tersebut (Pengerusi / Naib Pengerusi / Setiausaha / Bendahari / AJK / Ahli Persatuan sendiri ).
9. Siapakah yang boleh mengesahkan Salinan Dokumen Sokongan Saksi & pengesahan dokumen.
Saksi bagi tandatangan dokumen adalah individu daripada kelab/persatuan tersebut (Pengerusi / Naib Pengerusi / Setiausaha / Bendahari / AJK / Ahli Persatuan sendiri ).
10. Siapakah yang boleh mengesahkan Laporan Pelaksanaan Program Pegawai pengesah & agensi berkaitan.
Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) atau mana-mana pegawai pemantau termasuklah Agensi Kerajaan yang terlibat dengan sesuatu program tersebut.
11. No. Perhubungan. Hubungi sekretariat jika perlukan bantuan.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor telefon dan emel seperti berikut:

No. telefon 03-88713585
Emel : sekretariatdsk@kbs.gov.my
Perlukan bantuan lanjut? Hubungi Sekretariat DSK atau cuba ASK MAYA.
Jadual Pertama • Akta 576 • Rujukan Jenis Sukan

Jadual Pertama

Senarai 103 jenis sukan yang boleh dicari, ditapis dan dibuka mengikut sub-jenis untuk rujukan pantas.

Senarai 103 Jenis Sukan

Gunakan carian untuk padanan pantas, atau tapis ikut “Ada sub-jenis / Tiada sub-jenis”. Klik ikon anak panah untuk buka sub-jenis.

Semua
Ada sub-jenis
Tiada sub-jenis
0 / 103
klik huruf untuk lompat
Tip penggunaan
Tekan / untuk fokus carian. Carian akan highlight perkataan yang padan.
Data penuh 1–103 jenis Sukan menurut Akta 576.
Disalin

Teks telah disalin.

Dokumen Berkaitan

Muat Turun

Akses dokumen rujukan utama berkaitan Dana Sukan Komuniti untuk semakan, muat turun dan tindakan lanjut.

Garis Panduan · Carta Alir DSK

Carta Alir Permohonan

Rujuk aliran proses permohonan Dana Sukan Komuniti (DSK) daripada pendaftaran pengguna awam, semakan dan kelulusan, sehinggalah laporan pelaksanaan program serta tuntutan bayaran balik.

9 langkah utama
Ringkasan proses rasmi permohonan DSK
Mula

Sedia untuk daftar dan mohon

Proses bermula apabila pemohon mendaftar sebagai pengguna awam sebelum mengemukakan permohonan dalam sistem DSK.

1

Daftar Pengguna Awam

Isi permohonan daftar pengguna untuk semakan Sekretariat DSK. Notifikasi lulus, kuiri atau tidak lulus akan dihantar melalui emel.

2

Hantar Permohonan DSK KBS

Selepas lulus pendaftaran, pemohon log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang diaktifkan untuk mengisi serta menghantar permohonan.

3

Akuan Penerimaan Permohonan

Urus setia menyemak dan mengesahkan permohonan. Jika tidak lengkap, status kuiri / tidak lengkap akan dipulangkan semula kepada pemohon.

4

Semakan Sekretariat DSK

Status permohonan dipaparkan mengikut nilai bantuan yang dipohon sama ada di peringkat negeri atau kementerian.

5

Penilaian Jawatankuasa Teknikal

Permohonan yang disenarai pendek akan dinilai untuk diangkat ke Jawatankuasa Pelulus DSK.

6

Kelulusan Jawatankuasa Pelulus

Jawatankuasa Pelulus mempertimbangkan senarai permohonan yang telah diangkat oleh Jawatankuasa Teknikal.

7

Pemakluman Keputusan

Pemohon dimaklumkan melalui emel. Bagi permohonan berjaya, surat kelulusan dan akuan terimaan perlu dilengkapkan dalam tempoh 14 hari.

8

Laporan Pelaksanaan Program

Laporan bergambar dan dokumen berkaitan perlu dihantar dalam tempoh 14 hari selepas program dilaksanakan untuk semakan sekretariat.

9

Proses Tuntutan Bayaran Balik

Dokumen lengkap akan dikemukakan kepada Unit Kewangan JBSN untuk tindakan tuntutan dan pembayaran kepada pemohon.

Tamat

Proses selesai

Aliran permohonan, kelulusan, pelaksanaan program dan tuntutan bayaran balik telah lengkap diproses.

DSK User
Semakan sebelum hantar

Tak pasti langkah seterusnya?

Semak dahulu atau terus tanya — pastikan permohonan anda tepat sebelum dihantar.

Saluran bantuan

Pilih cara paling sesuai untuk anda

Emel rasmi
Untuk urusan rasmi & semakan dokumen
sekretariatdsk@kbs.gov.my
Hubungi terus
Untuk pertanyaan segera melalui telefon
03 8871 3585 / 3632
Gunakan emel untuk urusan rasmi. Gunakan Ask MAYA untuk pertanyaan segera sebelum merujuk urus setia.

Please publish modules in offcanvas position.