KERAJAAN SEDIA INSENTIF UNTUK ALTET PARALIMPIK
KUALA LUMPUR, 25 OGOS 2016 - Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin hari ini me¬ngumumkan pemenang pingat Sukan Paralimpik akan mene-rima elaun bulanan (seumur hidup) sama seperti atlet Olimpik yang lain.

Jelas Encik Khairy, elaun bulanan berjumlan RM5,000 buat pemenang pingat emas, perak RM 3,000 dan gangsa RM2,000 akan bermula Oktober ini, iaitu selepas tamat sukan Paralimpik yang akan bermula 7 hingga 18 September ini.

Beliau turut menegaskan dibawah Skim Insentif Sukan Paralimpik, pemenang pingat emas akan turut menerima RM1 juta, pingat perak RM300,000 dan gangsa RM100,000.

Encik Khairy berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama Kontinjen Paralimpik Rio 2016. Beliau turut menaruh keyakinan tinggi Kontinjen Paralimpik yang terdiri daripada 19 atlet lelaki dan 2 atlet wanita mampu mengatasi pencapaian empat tahun lalu di London. 

Ini kerana Malaysia berada di landasan terbaik menghadiahkan emas pertama negara dengan beberapa atlet yang kini menghuni kedudukan kelima terbaik dunia.


 Oleh : Majlis Sukan Negara

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.