KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2019 - Sempena sambutan Aidiladha yang disambut pada 11 Ogos lalu, Majlis Sukan Negara tidak ketinggalan menganjurkan ibadah korban yang diadakan di perkarangan Vista MSN pada Rabu.
Majlis tersebut turut dihadiri atlet para olahraga negara, Abdul Latif Romly dan Mohd Saifuddin Ishak serta pembantu jurulatih hoki wanita negara, Lailin Abu Hassan.
Pada majlis korban itu, sebanyak tiga ekor lembu dan sembilan ekor kambing disembelih untuk diagihkan kepada maahad tahfiz dan anak yatim.
Warga MSN juga turut bergotong royong menyediakan jamuan makan tengahari.