SABAH,24 Ogos 2019 - Seramai 49 orang yang terdiri daripada pelbagai Persatuan Belia di Sabah bersempena program urus tadbir Persatuan Belia 2019 peringkat Negeri Sabah. Program ini dilaksanakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah. Kehadiran peserta amat memuaskan dengan berani tampil mengemukakan soalan supaya mereka memahami perkara yang perlu dilaksanakan selepas sesuatu Persatuan diluluskan.

Pemahaman bukan sahaja boleh menguruskan Persatuan dengan baik malah pengurusan dokumentasi Persatuan turut ditekankan dari masa ke semasa. ROY akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan kepada mana-mana pertubuhan yang masih belum mengemukakan MYKD sejak mula pertubuhan belia diluluskan. Syabas dan tahniah kepada Persatuan belia Sabah yang hadir bagi mengikuti program ini.

Go to top