Pantai Dalam, 24 Ogos2019 –Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka IYC 2019 dengan penglibatan peserta hampir 400 orang mengikut 3 kategori iaitu Kategori Terbuka Wanita Professional sebanyak 6 kumpulan, Kategori Terbuka Wanita Amatur sebanyak 40 kumpulan dan Kategori Terbuka Wanita Bawah 18 tahun sebanyak 11 kumpulan di Pusat Komuniti Pantai Eco Park, Kuala Lumpur.

Pemenang untuk hadiah Johan bagi Kategori Terbuka Wanita Professional ialah Kumpulan Black Panthers diikuti Naib Johan Kumpulan MJL MIX, Tempat ke-3 pula Kumpulan IYC Senior dan Tempat ke-4 ialah Kumpulan MPSJ.

Pemenang bagi Kategori Terbuka Wanita Amatur, Johan ialah Kumpulan PPO, Naib Johan  pula Kumpulan VOLTS manakala Tempat ke-3 pula ialah Kumpulan Kampung Girls dan Tempat ke-4 pula ialah Kumpulan WMIX NC.

Pemenang bagi Kategori Terbuka Wanita Bawah 18 tahun pula ialah Johan, Kumpulan MBPJ diikuti Naib Johan, Kumpulan Lionezz, manakala Tempat ke-3 pula Kumpulan Kelab Aman dan Tempat ke-4 pula ialah Kumpulan Leopardez.

Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengarah IYC, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee. Ucapan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada Puan Yatimah Hashim selaku Ketua Teknikal Pertandingan dan Puan Yusnizar Fuad urusetia pertandingan PBJ/WPKL yang membantu menjayakan pertandingan ini. Pihak Pengurusan IYC mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemenang. 

Go to top