KUALA LUMPUR, 19 SEPTEMBER 20019 - Pasukan menembak negara berada di landasan tepat untuk merealisasikan sasaran dua pingat emas di Sukan SEA 2019 di Filipina, November ini.

Pengurus pasukan, Datuk Musa Omar, berkata atlet ketika ini dalam prestasi terbaik dan nampak bersedia, tidak kira dari segi mental mahupun fizikal.

Sandaran pastinya terarah kepada Nur Suryani Mohamed Taibi yang mempamer aksi memberansangkan ketika ini selepas atlet berpengalaman itu memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 50 meter rifle tiga posisi dengan 1,170 mata pada kejohanan Piala Tun Hanif Omar di Kuching, minggu lalu.

“Saya harap di Sukan SEA nanti, Nur Suryani Mohamed Taibi dapat mencapai kemuncak prestasi,” katanya.

Beliau turut menjelaskan skuad menembak kebangsaan memiliki 16 atlet dalam kategori A dan B yang akan menyertai 10 daripada 14 acara dipertandingkan di Filipina nanti.

Go to top