KUALA LUMPUR, 30 September 2019 - 3 pingat emas jadi sasaran kem luncur ombak negara pada temasya Sukan SEA Filipina yang akan berlangsung November ini.

Sebagai persiapan terakhir, peluncur negara bakal jalani latihan di Bali, Indonesia bermula pertengahan Oktober ini.

Pengurus pasukan, Muhammad Faisal Daud, berkata Bali jadi destinasi pilihan kerana ketiadaan ombak yang sesuai ketika ini di pusat latihan di Cherating, Pahang.

Tambah Faisal, peluncur-peluncur negara juga telah melakukan persiapan awal dengan menyertai siri latihan dan pertandingan di dalam negara seperti Tioman Surf Festival selain pendedahan di Thailand, Batu Karas dan Bali di Indonesia, India serta Sri Lanka.

Kem luncur ombak negara akan diwakili lima atlet untuk mengambil bahagian iaitu Mohd Nazrin Nasruddin, Didaq Musaddiq dan Semmy Hassan bagi lelaki manakala wanita pula akan diwakili Mona Rasidah Abdul Rashid serta Nur Alia Erika.

Malaysia akan menyertai tiga kategori, iaitu short board lelaki dan wanita serta long board lelaki dengan mengharapkan pingat dalam setiap kategori itu.

Go to top