KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2019 - Muka baru bakal memperkuatkan skuad tarian negara dengan sembilan atlet lelaki dan wanita bakal menggalas cabaran dalam acara tarian berpasangan biasa, Latin Amerika serta breaking di Sukan SEA Filipina nanti.

Jurulatih kem kebangsaan, Chua Zjen Fong menjelaskan skuad tarian negara telah menjalani latihan di luar negara seperti Itali, Rusia dan Slovenia dan beliau melaungkan keyakinan Malaysia mampu membawa pulang 6 pingat tanpa mengira warna.

Malaysia akan menyertai 13 daripada 14 acara dipertandingkan.

Atlet yang membawa cabaran negara di temasya dwitahunan itu antaranya Jarell Cheong Tze Wen/ Koh Jinnee (berpasangan biasa), Tan Chee Min/ Tan Yee Chun (Latin Amerika) dan Sam Jee Lek (breaking).

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menyertai sukan tarian ialah pada Sukan SEA Thailand 2007 dengan meraih satu gangsa.

Go to top