KOTA KINABALU, 1 Oktober 2019 - Bengkel Penyeliaan Berkesan ke atas Pertubuhan Belia telah berakhir dengan jayanya di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah. Bengkel ini mensasarkan kepada Pegawai Belia dan Sukan di Jabatan serta di Bahagian seluruh Sabah dengan melibatkan seramai 22 orang penyertaan. Dalam memastikan keberkesanan maklumat yang di sampaikan kepada belia - belia setempat serta Pertubuhan Belia, Ia perlu di fahami secara jelas oleh Pegawai terlebih dahulu terutama mengenai Akta 668. Cadangan dan pandangan yang di kongsikan sepanjang bengkel turut di perhalusi dalam membantu ROY dalam merangka pelan Strategik ROY kelak. Tuan Badari Ag. Damit, Pendaftar ROY turut berkesempatan merasmikan majlis penutup bengkel ini serta berkongsi pandangan mengenai senario Pertubuhan Belia kini kepada para peserta. Tidak ketinggalan juga En Mohamad Mazlan bin Hj Anis selaku Timbalan Pengarah JBSN Sabah hadir bersama dalam sesi pembentangan modul Bengkel. Terima kasih kepada Jabatan Belia Dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya bengkel ini.

Go to top