SEPANG, 21 Oktober 2019 – IKTBN Termerloh mengadakan Majlis Pelancaran Penyertaan Pasukan Sukan Bermotor ILKBS, KBS Racing Team dalam acara KCAR Global Sepang 24 Hours Endurance pada 15 hingga 17 November 2019 di Paddock Utara, Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Acara dua tahun sekali ini akan melibatkan 57 penyertaan peserta dari dalam dan luar negara dalam 3 kategori M1, M2 dan M3.

Untuk rekod, Akademi Kemahiran Belia Motorsport (AKBM) telah menjuarai kategori M2 pada tahun 2017.

Penglibatan pasukan AKBM IKTBN Temerloh dalam acara perlumbaan ini bertujuan memberi pendedahan kepada situasi sebenar sukan permotoran, melengkapkan penilaian pengajian pelajar serta mewujudkan kerjasama erat bersama pihak industri berkaitan bidang sukan permotoran.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunaan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), YBhg. Dato' Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof.

“Saya percaya penyertaan pengajar dan pelajar ILKBS ini dapat menjadikan mereka lebih kreatif dan berinovasi dalam bidang yang mereka ceburi,” kata beliau.

Majlis turut dihadiri Pengarah IKTBN Temerloh, Dr. Mohd Yusoff Abu Bakar, Pengerusi Technical Advisory Comittee (TAC) IKTBN Temerloh, Md. Masshoud Hj Md. Umar dan Pengarah Syarikat Wheelspin Motorsport, Jarjig Sing.
Majlis juga turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada alumni dan rakan teknikal industri yang bekerjasama dalam industri permotoran.
Go to top