PUTRAJAYA, 22 Oktober 2019- Taklimat Pelaksanaan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP)  Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 4, Menara KBS telah selesai dengan jayanya. Taklimat yang telah dihadiri oleh seramai 38 orang focal point ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berhubung penyediaan halatuju dan kerangka tindakan pencegahan rasuah, integriti dan governans  di bawah kementerian serta agensi-agensi KBS. Taklimat telah disampaikan oleh mantan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pegawai Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC). Menerusi taklimat ini adalah diharapkan agar Pelan CRM dan OACP KBS dapat dibangunkan dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 12 bulan.
Go to top