PUTRAJAYA, 11 Disember 2019 – Pengarah Unit Anti-Doping Malaysaia (ADAMAS) Puan Azura Binti Abidin telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pertubuhan Anti-Doping Serantau Asia Tenggara (SEARADO), Encik Gobinathan Nair.

Tujuan kunjungan hormat ini merupakan perjumpaan sulung diantara Encik Gobinathan bersama Puan Azura Binti Abidin sejak dilantik sebagai Pengarah di ADAMAS pada bulan November yang lalu. Perbincangan ringkas berkenaan halatuju ADAMAS juga turut dibincangkan dalam pertemuan singkat tersebut.

Hasil daripada perbincangan ini, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk meneruskan usaha bersama dalam perlaksanaan program-program bagi membenteras gejala doping di dalam negara dan kerjasama di peringkat Asia Tenggara. Terdapat beberapa perkara yang turut dicadangkan oleh Encik Gobinathan untuk persediaan ADAMAS bagi perlaksanaan kod pematuhan anti-doping yang baru iaitu Kod 2021. Kod 2021 yang telah diluluskan pada November lalu di Persidangan Dunia Mengenai Doping Dalam Sukan 2019 yang berlangsung di Katowice, Poland Oleh ahli-ahli Lembaga AntiDoping daripada seluruh dunia dimana turut dihadiri YBhg. Dr. KSU sebagai wakil Organisasi AntiDOping Kebangsaan Malaysia ke sana.

Kunjungan singkat ini amat dialu-alukan dan berjaya mengeratkan hubungan kerja antara ADAMAS dan SEARADO dalam usaha menjayakan program anti-doping di negara ini. SEARADO juga bersetuju untuk memberikan sokongan kepada komitmen ADAMAS dalam memartabatkan usaha anti-doping negara ini.

Go to top