SERDANG, SELANGOR ,  15 Disember 2019 – Unit AntiDoping  Malaysia (ADAMAS) bekerjasama dengan pihak ASIA RUGBY  bagi menjalankan program awareness kepada seluruh atlet  rugbi yang bertanding di Kejohanan Asia Rugbi bawah 19 tahun. Pihak ADAMAS telah menjalankan kempen kesedaran dengan dua kaedah iaitu Pameran dan Seminar Antidoping kepada jurulatih, kakitangan sokongan , atlet serta Match Commissioner iaitu seramai 90 orang yang telah terlibat sepanjang 14-15 Disember 2019 di Hotel Transit, Pudu Kuala Lumpur.

Manakala program Outreach (pameran) telah berlangsung di Padang A, UPM Serdang pada 15 Disember 2019 bermula pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang ketika perlawanan di antara atlet Malaysia dan atlet UAE. Seramai 30 orang atlet telah menghadiri ke booth kami dan memenangi hadiah setelah selesai menjawab permainan interaktif (PLAY TRUE QUIZ).

Cik Azura binti Abidin selaku Pengarah ADAMAS turut turun padang sepanjang pameran dijalankan bersama-sama pegawai yang bertugas iaitu Encik Mohd Hafizuddin bin Baki (Penolong Pengarah ADAMAS) dan Cik Nur Syuhada Zofiran binti Jamil (Penolong Pegawai Belia dan Sukan).