PUTRAJAYA, 22 SEPTEMBER 2021 – Unit Integriti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama All Women’s Action Society (AWAM) telah menganjurkan Program Menangani Gangguan Seksual yang merangkumi Seminar Diversity & Inclusion - Cause and Effect of Sexual Harassment serta Bengkel Latihan Jurulatih Kesedaran dan Pengendalian Gangguan Seksual. Program selama 3 hari ini dijalankan secara dalam talian dengan penglibatan seramai 57 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kumpulan perkhidmatan di peringkat Jabatan dan Agensi KBS.

Objektif program ini adalah untuk memastikan warga KBS menerima pendidikan dan latihan teknikal yang menyeluruh dalam menangani gangguan seksual dan memberi keyakinan kepada pihak pengurusan KBS untuk menangani kes gangguan seksual dengan penambahbaikan pengetahuan tentang undang-undang sedia ada selain disokong oleh dasar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Diharapkan agar program ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan serta kesedaran seluruh warga KBS dalam memahami dan seterusnya memantapkan kemahiran pengendalian menangani kes-kes gangguan seksual yang berlaku di organisasi masing-masing.

Go to top