Objektif

Untuk merancang, menyelaras, mengurus dan melaksana program latihan / kursus / peperiksaan bagi memberi dan meningkatkan pengetahuan dan kecekapan dalam melaksanakan tugas pegawai dan kakitangan Kementerian.

Fungsi dan Peranan

  1. Menyediakan Pelan Latihan Sumber Manusia peringkat kementerian;
  2. Merancang, mengenalpasti dan menyelaras program latihan di dalam dan luar negeri;
  3. Membangunkan kokurikulum dan program latihan;
  4. Mengendali, menyelaras dan menyelia Peperiksaan Perkhidmatan dan Jabatan;
  5. Mengendali, menyelia dan menyelaras Penilaian Tahap Kecekapan (PTK);
  6. Mengendali Kursus Induksi Umum dan Khusus;
  7. Menguruskan Tabung Skim Biasiswa Sukan Persekutuan;
  8. Melaksanakan penyelidikan dan kajian serta Perancangan Strategik Pengurusan Sumber Manusia.

Piagam Pelanggan

Kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji untuk melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, terlatih dan kompeten melalui perancangan program latihan / kursus yang komprehensif, pelaksanaan peperiksaan yang mantap dan pengurusan skim biasiswa yang cepat dan efisien. Untuk itu kami berjanji:

  1. Memastikan tawaran mengikuti kursus/latihan kepada pegawai-pegawai dan anggota kementerian dikemukan selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum kursus;
  2. Memastikan permohonan mengikuti kursus/latihan akan diproses selewat-lewatnya satu (1) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  3. Memastikan perjalanan urusan Peperiksaan Perkhidmatan/Peperiksaan KPSL dan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dilaksanakan sepenuhnya bermula dari tarikh permohonan lengkap diterima sehingga ke pengeluaran keputusan dalam tempoh enam (6) bulan;
  4. Memastikan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan ditawarkan kepada pemohon yang layak, enam (6) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima dan diproses.

Bahagian di KBS

Go to top