Objektif
Untuk melahirkan anggota Kementerian Belia dan Sukan yang berkualiti, kompeten, berdisiplin dan berintegriti melalui pengurusan prestasi dan tatatertib yang efisien bagi mencapai objektif bahagian.
Fungsi dan Peranan
- Mengurus, menyelaras dan memantau prestasi anggota KBS dan Urus Setia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) bagi Pergerakan Gaji, Anjakan Gaji dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
- Mengurus, menyelaras dan memantau hal ehwal tatatertib, pengisytiharan harta anggota KBS dan Surat Aku Janji.
- Mengurus dan menyelaras Urusan Kenaikan Pangkat dan Pemangkuan anggota KBS.
- Mengurus, menyelaras dan Urus Setia Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP), Jawatankuasa Tadbir Urus dan pengukuhan Pelan Integriti Nasional di peringkat Kementerian.
- Mengurus, menyelaras dan Urus Setia Majlis Bersama Jabatan di peringkat Kementerian.
- Mengurus dan menyelaras pencalonan Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran Persekutuan dan Negeri.
- Mengurus dan menyelaras urusan Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan.
- Menyelaras dan melaksanakan Program Pendekatan Islam Hadhari.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan yang mesra, cekap dan profesional dalam melahirkan anggota Kementerian Belia dan Sukan yang berkualiti, kompeten, berdisiplin dan berintegriti tinggi melalui pengurusan prestasi dan tatatertib yang efisien bagi mencapai objektif Bahagian. Untuk itu kami berjanji:
- Mengurus Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup penerimaan borang LNPT lengkap.
- Mengurus kenaikan pangkat pegawai selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh pegawai yang memangku lulus syarat-syarat untuk kenaikan pangkat tertakluk kepada kekosongan jawatan yang ada.
- Mengurus laporan kes tatatertib biasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan laporan salah laku dan pelanggaran disiplin dari ketua jabatan.