Objektif

Untuk memberi dan melaksanakan urusan perkhidmatan dan pengurusan personel yang cekap dan teratur berdasarkan prinsip-prinsip perkhidmatan serta peraturan-peraturan yang ditetapkan

Fungsi dan Peranan

  1. Merancang dan menyelaras urusan pengambilan dan pengisian daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi jawatan Bukan Gunasama.
  2. Merancang dan menyelaras urusan pengambilan, pelantikan dan penawaran jawatan bagi kakitangan di bawah bidang kuasa Kementerian.
  3. Menyelaras pelantikan secara pertukaran sementara dan pinjaman.
  4. Merancang pengisian dan penempatan bagi jawatan guna sama dan kader.
  5. Menyelaras urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Kemasukan ke Jawatan Berpencen.
  6. Menyelaras semua urusan dan permohonan pelbagai jenis cuti dan elaun-elaun pemohon yang berkelayakan.
  7. Menyelaras urusan pinjaman perumahan, kemudahan perubatan dan urusan pencen.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang profesional, cekap serta mesra di dalam melaksanakan urusan perkhidmatan dan pengurusan personel berlandaskan prinsip-prinsip perkhidmatan serta peraturan-peraturan yang ditetapkan. Untuk itu kami berjanji:

  1. Memastikan semua urusan perkhidmatan yang diterima diproses selewat-lewatnya dalam tempoh lima (5) hari bekerja sebelum dipanjangkan ke agensi luar yang berkenaan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan lain-lain.
  2. Memastikan semua urusan perkhidmatan yang memerlukan kelulusan daripada Ketua Jabatan diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  3. Memastikan semua urusan perkhidmatan yang melibatkan tatacara kewangan dikemukakan ke Cawangan Kewangan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

Bahagian di KBS

Go to top