VOYAGE 344/2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menganjurkan Program Pelayaran Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera (Skim Belia) Siri 1/2016 Voyage 344 / 2016 pada 19 Mac hingga 1 April 2016. Program ini dianjurkan dengan kerjasama pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada kemahiran ilmu pelayaran di samping menerapkan elemen kepimpinan.
Sehubungan dengan itu, permohonan penyertaan belia yang berminat untuk mengikuti Program Pelayaran KLD Tunas Samudera ini boleh dibuat berdasarkan syarat-syarat yang berikut:
- Sihat tubuh badan (tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius);
- Berumur 18-30 tahun dan merupakan ahli persatuan belia yang bergiat aktif dalam program pembangunan belia ;
- Mendapat pengesahan dari persatuan yang diwakili ;
- Mendapat kelulusan/pengesahan majikan (bagi mereka yang bekerja)
- Mengemukakan Borang Permohonan yang telah dilengkapkan dengan sempurna.(Borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan)
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :
SEKRETARIAT PROGRAM KLD TUNAS SAMUDERA
Aras 11, Bahagian Pembangunan Belia,
Jabatan Belia dan Sukan Negara,
Kementerian Belia dan Sukan
MALAYSIA
Pusat Pentadbiran Persekutuan, Presint 4,
62570 Putrajaya.
(u.p : En. Muhammad Asyraf Bin Abdul Azias@ Aziz)
Puan Junaine Binti Mohamad
Tarikh tutup penyertaan pada 1 Mac 2016 (Selasa).
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Encik Muhammad Asyraf Bin Abdul Azias@ Aziz
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel : 03-8871 3300 Fax: 03-8888 8761
Puan Junaine Binti Mohamad
Email :This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel : 03-8871 3528 Fax: 03-8888 8761
Encik Shafie Bin Ahmad Yusoff
Tel: 03-8871 3283 Faks : 03-8888 8761
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.Klik untuk muat turun BORANG PERMOHONAN PROGRAM KLD TUNAS SAMUDERA VOYAGE 344 /2016 (SKIM BELIA)