ASEAN Youth Volunteer 2025
Bersempena Kepengerusian ASEAN 2025, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan Program ASEAN Youth Volunteer yang berlangsung dari 12 hingga 19 Julai 2025.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, sekali gus menandakan komitmen Malaysia dalam memperkasa generasi muda serantau.
Program ini menjadi platform strategik untuk meningkatkan kesedaran belia ASEAN terhadap peranan kesukarelawanan sebagai enjin penggerak dalam sektor ketiga yang memperjuangkan nilai-nilai murni seperti kemanusiaan, kebajikan, demokrasi, kesaksamaan dan pembangunan mampan.
Penganjuran ini juga seiring dengan pelancaran Visi Komuniti ASEAN 2045, serta mencerminkan tanggungjawab Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Mengangkat semangat Malaysia MADANI, program ini menjelmakan nilai Keterangkuman, Ihsan dan Kesejahteraan melalui inisiatif kesukarelawanan yang berpaksikan kemanusiaan dan kesejahteraan sejagat.
Program ASEAN Youth Volunteer diharap menjadi pemangkin ke arah pembentukan sebuah komuniti ASEAN yang inklusif, berdaya tahan dan berteraskan nilai-nilai kemanusiaan, di samping memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pembangunan belia serantau yang dinamik dan progresif.
Turut hadir memeriahkan majlis, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
ASEAN Youth Volunteer 2025
In conjunction with ASEAN Chairmanship 2025, the Ministry of Youth and Sports (KBS) organised the ASEAN Youth Volunteer Programme, held from 12–19 July 2025.
The launch ceremony was officiated by YB Hannah Yeoh, Minister of Youth and Sports, marking Malaysia’s commitment to empowering the region’s young generation.
The programme serves as a strategic platform to raise awareness among ASEAN youth on the role of volunteerism as a driving force in the third sector, championing noble values such as humanity, welfare, democracy, equality, and sustainable development.
This initiative aligns with the launch of the ASEAN Community Vision 2045 and reflects Malaysia’s responsibility as ASEAN Chair in 2025.
Embodying the spirit of Malaysia MADANI, the programme highlights the values of Inclusivity, Compassion, and Well-being through humanitarian and globally conscious volunteerism initiatives.
The ASEAN Youth Volunteer Programme is expected to become a catalyst for building an inclusive, resilient, and human-centred ASEAN Community, while further strengthening Malaysia’s position as a dynamic and progressive regional hub for youth development.
Also present was YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Secretary General of KBS.