Majlis Penyampaian Hadiah ASEAN - 39th Templer Park CC Malaysian Ladies Amateur Open 2025
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah ASEAN - 39th Templer Park CC Malaysian Ladies Amateur Open 2025 bertempat di Templer Park Country Club, Rawang.
Kejohanan berprestij ini diadakan sempena Kepengerusian ASEAN 2025 dan telah menghimpunkan 89 pemain dari lapan negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Turut memeriahkan kejohanan yang berlangsung dari 28 hingga 31 Julai 2025 ini ialah wakil negara bukan ASEAN termasuk China, Chinese Taipei, Hong Kong, India, Pakistan, Korea Selatan dan New Zealand.
Kejohanan ini bukan sahaja menyerlahkan bakat sukan golf wanita di peringkat serantau, malah memperkukuh hubungan erat antara negara-negara ASEAN melalui semangat kesukanan, setiakawan dan saling menghormati.
Diharapkan platform seperti ini terus menjadi pemangkin kepada integrasi serantau dan memperkukuh perpaduan menerusi sukan sebagai wahana perpaduan dan diplomasi rakyat serantau.
ASEAN Prize-Giving Ceremony – 39th Templer Park CC Malaysian Ladies Amateur Open 2025
YB Hannah Yeoh, Minister of Youth and Sports, attended the ASEAN Prize-Giving Ceremony for the 39th Templer Park CC Malaysian Ladies Amateur Open 2025 at Templer Park Country Club, Rawang.
This prestigious championship, held in conjunction with ASEAN Chairmanship 2025, gathered 89 players from eight ASEAN countries: Brunei, Indonesia, Laos, Malaysia, the Philippines, Singapore, Thailand, and Vietnam.
The tournament, which took place from 28–31 July 2025, also welcomed representatives from non-ASEAN countries including China, Chinese Taipei, Hong Kong, India, Pakistan, South Korea, and New Zealand.
The championship not only showcased women’s golfing talent at the regional level but also strengthened close ties among ASEAN countries through sportsmanship, solidarity, and mutual respect.
It is hoped that such platforms will continue to serve as catalysts for regional integration and unity through sports as a vehicle for solidarity and people-to-people diplomacy.