GALERI PROGRAM ASEAN

    Roundtable Discussion: ASEAN Youth Mental Health 2025

    Bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025, KBS melalui agensinya, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) menganjurkan Roundtable Discussion: ASEAN Youth Mental Health 2025 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.

    Sesi perbincangan yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menghimpunkan pakar kesihatan mental, pengamal, pembuat dasar, pegawai kerajaan, serta wakil masyarakat sivil dari negara anggota ASEAN dan Timor-Leste. 

    Bertemakan “ASEAN Youth Voice: Empowering Minds, Ensuring Well- being,” sesi perbincangan ini memainkan peranan penting dalam memperkasa agenda kesihatan mental serantau untuk golongan belia.

    Perbincangn ini juga bertumpukan kepada mengenal pasti cabaran budaya, sosial dan ekonomi yang mempengaruhi kesedaran kesihatan mental, akses kepada perkhidmatan rawatan di rantau ini, meningkatkan kerjasama serantau antara negara anggota ASEAN
    melalui perkongsian amalan terbaik, dasar dan program dan sebagainya.

    Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

     

    Roundtable Discussion: ASEAN Youth Mental Health 2025


    In conjunction with ASEAN Chairmanship 2025, the Ministry of Youth and Sports (KBS), through its agency, the Malaysian Institute for Youth Research (IYRES), organised the Roundtable Discussion: ASEAN Youth Mental Health 2025 in Kota Kinabalu, Sabah.

    The session, officiated by YB Hannah Yeoh, Minister of Youth and Sports, gathered mental health experts, practitioners, policymakers, government officials, and civil society representatives from ASEAN Member States and Timor-Leste.

    With the theme “ASEAN Youth Voice: Empowering Minds, Ensuring Well-being,” the discussion played a significant role in advancing the regional mental health agenda for young people.

    The roundtable focused on identifying cultural, social, and economic challenges that influence mental health awareness, access to treatment services in the region, and enhancing regional cooperation among ASEAN countries through sharing best practices, policies, and programmes.

    Also present was YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Secretary General of KBS.