The 1st ASEAN-China Women’s Wushu Championship 2025
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke The 1st ASEAN-China Women’s Wushu Championship 2025 yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.
Kejohanan ini, yang buat julung kalinya dianjurkan bersempena Kepengerusian ASEAN 2025, telah dirasmikan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, isteri kepada YAB Perdana Menteri.
Sebanyak 60 peserta dari negara-negara ASEAN dan China menyertai kejohanan yang berlangsung dari 21 hingga 26 September ini.
Penganjuran sulung ini amat signifikan kerana memberi peluang kepada lebih ramai atlet tempatan mendapat pendedahan untuk bersaing di peringkat ASEAN.
Selain itu, ia turut menekankan kepentingan semangat kesukanan, menghormati lawan, serta menghargai persahabatan yang terjalin melalui pertandingan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI