GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGGUNAAN LOGO KBS

1. PENGENALAN

1.1 Kementerian belia dan Sukan (KBS) telah mendaftarkan logo rasminya dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Logo KBS ini dilindungi oleh Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan Cap Dagangan 1997 dari sebarang penyalahgunaan dan eksploitasi oleh pihak selain pemilik Cap Dagangan.

2. TUJUAN

2.1 Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan prosedur dan ketetapan kepada individu, NGO, syarikat dan agensi kerajaan untuk kelulusan penggunaan logo KBS bagi penganjuran program belia dan sukan serta kegunaan-kegunaan lain di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

2.2 Mewujudkan mekanisme yang sistematik bagi memproses dan memberikan kelulusan permohonan penggunaan logo KBS.

2.3 Menggariskan peranan dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam proses penggunaan logo KBS.

3. OBJEKTIF

3.1 Memastikan penggunaan logo KBS digunakan untuk penganjuran program serta perkara-perkara lain yang mendapat pengiktirafan, diyakini dan memberi impak positif kepada masyarakat

3.2 Memelihara nama baik, imej, kredibiliti dan reputasi KBS melalui penggunaan logo secara wajar dan bersesuaian.

3.3 Mewujudkan sistem kawalan yang berkesan ke atas penggunaan logo KBS.

3.4 Melindungi logo KBS daripada diekploitasi

4. PERMOHONAN PENGGUNAAN LOGO KBS

4.1 Borang permohonan penggunaan logo KBS yang lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang berkaitan mestilah dihantar kepada Unit Komunikasi Korporat, KBS untuk mendapatkan kelulusan dan kebenaran secara bertulis.

5. TATACARA PERMOHONAN

5.1 Memuat turun dokumen Panduan Permohonan Penggunaan Logo KBS serta borang permohonan melalui pautan Garis Panduan Permohonan Penggunaan Logo KBS
 
Go to top