MAKLUMAT pemberian BANTUAN 
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Portal ini disediakan untuk memberi maklumat berkaitan kelulusan permohonan pemberian dana kepada pertubuhan belia dan sukan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) atau Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) bagi membiayai sebahagian daripada permohonan bantuan untuk aktiviti-aktiviti berkaitan belia dan sukan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah. Proses pemberian dana ini tertakluk kepada Garis Panduan Pemberian Bantuan yang diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan.