KUALA LANGAT, 18 MEI 2015 - Program Rakan Muda Mentor Sempena Festival Belia Putrajaya (Foursome KL) telah dianjurkan Bahagian Pembangunan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat, Selangor bertempat di Dewan Ibnu Sina pada 10 Mei lalu.
Seramai 30 pelajar terlibat dalam menjayakan program yang betujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar peralatan serta teknik melukis di atas kanvas. Selain itu pelajar dapat memahami dan menguasai pelbagai teknik penghasilan tona cahaya atau nada dengan lebih mudah dan cepat serta menerapkan sikap kreatif dan menggalakkan pelajar mempelbagaikan idea yang hendak disampaikan dalam hasil lukisan masing-masing.
Oleh : Hus Zaidi Bin Shamsu Ariffin
Berita Oleh : Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.