JOHOR BARU, 5 SEPETMBER 2015 - Jabatan Belia Dan Sukan Negeri (JBSN) Johor menganjurkan program Belia Bestari (Inspiration We Develop) bagi Zon Tengah dan Selatan  pada 1 hingga 4 September lalu bertemnpat  di Savannah Hill, Jalan Nasiman Ulu Tiram dekat sini.  

Program ini dianjurkan bersama Cawangan Pembangunan Ekonomi Kementerian Belia dan Sukan, JBSN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, JBSN Selangor, JBSN Negeri Sembilan dan JBSN Melaka.

Program ini dilaksana bagi membantu usahawan belia dari kalangan peserta program Belia Bestari dan Perantis dengan bertujuan untuk berkongsi maklumat perniagaan serta khidmat nasihat daripada agensi yang berkait  rapat dalam bidang keusahawanan untuk membantu peserta mengembangkan perniagaan mereka. Majlis perasmian penutup disempurnakan Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, KBS, Siti Aishah Yahya.

Oleh : Mohd Hussain B Hj Mohd Rashid ( JBSN Johor )
 
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Go to top