CHEMBONG, 29 APRIL 2016 –Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong hari ini menyertai Program Jelajah Pendidikan Bumiputera Tahun 2016 yang berlangsung di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, Negeri Sembilan dekat sini.
IKTBN Chembong menyokong penuh program yang dianjurkan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dan UMNO Bahagian Rembau bagi memberikan pendedahan dan peluang pendidikan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong telah membuka ‘booth’ pameran dan kaunter pendaftaran bagi sesi kemasukan Julai 2016. Program ini dirasmikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohammad Haji Hassan. Hadir sama, Menteri Belia Dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin.

Oleh :
Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong
Disunting :
Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.