MELAKA, 18 FEBRUARI 2016 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan hari ini menerima kunjungan daripada Jawatankuasa Penaja, Kelab Belia Sinar Gemilang Simpang Semabok, Suhaimi Salleh dan Roslan Othman dari daerah Melaka Tengah, Melaka.
Kunjungan ke ROY Zon Selatan adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pengisian permohonan pendaftaran pertubuhan belia tunggal secara online (eROY) yang boleh diakses melalui:- http://eroyv2.gov.my.
Jawatankuasa penaja memaklumkan bahawa Mesyuarat Penaja penubuhan Kelab Belia Sinar Gemilang Simpang Semabok dilaksanakan dengan jayanya pada 12 Februari lalu yang dihadiri seramai 17 orang.
Jawatankuasa penaja memaklumkan bahawa Mesyuarat Penaja penubuhan Kelab Belia Sinar Gemilang Simpang Semabok dilaksanakan dengan jayanya pada 12 Februari lalu yang dihadiri seramai 17 orang.
Penubuhan Kelab Belia Sinar Gemilang Simpang Semabok bertujuan untuk pembangunan dan perpaduan masyarakat khususnya belia di sekitar kampung Simpang Semabok bagi menjalankan aktiviti berkaitan kemasyarakat dan kebajikan penduduk kampung.
Ketika perjumpaan tersebut juga, bagi mengurangkan kesilapan pengisian maklumat pertubuhan belia di dalam sistem online (eROY), Jawatankuasa Penaja telah mengambil inisiatif dengan mengisi maklumat permohonan pendaftaran pertubuhan belia berdasarkan panduan yang diberikan oleh ROY Zon Selatan.
ROY Zon Selatan mengharapkan Jawatankuasa Penaja Pertubuhan Belia agar memanfaatkan dan menjadikan Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) dan Perlembagaan Pertubuhan Belia sebagai panduan dan sumber rujukan supaya pengurusan dan pentadbiran pertubuhan belia serta segala aktiviti yang dirancang, tidak menyalahi dan bercanggah dengan peruntukan yang terdapat di dalam Akta 668. Hadir sama, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Morni Ibrahim.
Oleh: ROY Zon Selatan
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.