i. Menggalakkan penganjuran acara sukan peringkat negeri/ kebangsaan/ antarabangsa oleh Persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO);
ii. Memperbaiki ranking atlet prestasi tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
iii. Menyediakan pertandingan kompetitif kepada atlet/ pasukan negeri/ kebangsaan;
iv. Mencapai sasaran untuk menjadikan Malaysia negara bersukan selaras dengan Visi Sukan Negara 2030;
v. Menggalakkan penajaan sektor swasta/ korporat untuk penganjuran program sukan;
vi. Memastikan industri sukan terus berdaya saing dengan memberi sokongan dan bantuan (insentif) kepada Persatuan Sukan/ Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO); dan
vii. Meningkatkan skor Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) selaras yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
Penyertaan daripada Persatuan/ Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam penganjuran program sukan sehingga 31 Oktober tahun 2025.
a) Permohonan adalah meliputi penganjuran program sukan bagi sukan prestasi tinggi/ impak tinggi di peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa yang dilaksanakan di dalam negara:
i. Prestasi Tinggi:
▪ Sukan yang menentukan Ranking; dan
▪ Dilaksanakan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan Persatuan Sukan Negeri (PSN).
ii. Impak Tinggi:
▪ Dilaksanakan oleh Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS);
▪ Memberi impak kepada ekonomi (ROI) / industri sukan; dan
▪ Penyertaan yang ramai atau mempunyai nilai warisan/ tradisi.
b) Melibatkan 103 jenis sukan di bawah Jadual Pertama Akta Pembangunan Sukan 1997 sepertimana dinyatakan dalam Pekeliling Pesuruhjaya Sukan Bilangan 2 Tahun 2023; dan
c) Program yang belum dilaksanakan.
i. Nilai program sukan bagi satu permohonan adalah tidak kurang daripada RM50,000.00;
ii. Pemberian geran adalah sehingga 50% daripada kos program atau maksimum sehingga RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Sahaja);
iii. Setiap pemohon hanya dipertimbangkan SATU (1) kelulusan di setiap Jendela; dan
iv. Kelulusan bagi permohonan seterusnya akan diberi setelah laporan lengkap dikemukakan dan bayaran tuntutan telah sempurna bagi kelulusan terdahulu.
i. Kategori Pemohon
Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
ii. Permohonan Yang Tidak Dipertimbangkan
i. Berdaftar selain di bawah PJS/ ROY/ ROS;
ii. Pemohon yang telah digantung atau dibatalkan pendaftarannya atau yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan masing-masing;
iii. Permohonan daripada entiti atau organisasi politik;
iv. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat;
v. Program sukan yang sedang berlangsung atau telah tamat;
vi. Menjalankan perniagaan/ aktiviti yang dilarang oleh Kerajaan;
vii. Entiti yang telah disenarai hitam atau diisytiharkan bankrap oleh pihak Kerajaan;
viii. Bertentangan dengan undang-undang atau dasar-dasar Kerajaan semasa, menyentuh sensitiviti atau menjejaskan keharmonian rakyat, komuniti serta menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam;
ix. Penganjuran sukan yang terlibat dengan mana-mana individu/organisasi yang menjalankan perniagaan/aktiviti yang dilarang oleh Kerajaan, termasuk minuman keras, berasaskan tembakau, rokok elektronik, perjudian atau berunsur seksual; dan
x. Syarikat, Yayasan, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan.
iii. Permohonan GPS KBS
a) Permohonan dibuka bermula 19 Disember 2024 sehingga 15 Ogos 2025 dan boleh diisi secara dalam talian yang boleh dicapai di pautan yang disediakan di https://gps.kbs.gov.my/;
b) Permohonan hendaklah dikemukakan mengikut jadual berikut; (*sebarang pindaan tarikh adalah tertakluk kepada perubahan semasa)
JENDELA PERMOHONAN TARIKH PROGRAM PERMOHONAN DITUTUP PADA TARIKH KEPUTUSAN
JENDELA PERMOHONAN |
TARIKH PROGRAM |
PERMOHONAN DITUTUP PADA |
TARIKH KEPUTUSAN |
Jendela 1 |
1 Feb - 28 Feb |
31 Dis 2024 |
24 Jan |
Jendela 2 |
1 Mac - 14 April |
31 Jan |
15 Feb |
Jendela 3 |
15 Apr - 30 Jun |
15 Feb |
15 Mac |
Jendela 4 |
1 Jul - 31 Ogos |
30 Apr |
30 Mei |
Jendela 5 |
1 Sept - 30 Sept |
30 Jun |
31 Julai |
Jendela 6 |
1 Okt - 31 Okt |
15 Ogos |
15 Sept |
c) Permohonan dalam talian perlu disertakan bersama maklumat berikut:
i. Jenis Sukan Yang Dianjurkan;
ii. Jenis Pendaftaran oleh PJS/ ROY/ ROS;
iii. Nama Persatuan / Kelab;
iv. Alamat Surat – Menyurat;
v. No. Pendaftaran Persatuan;
vi. Tarikh Daftar Persatuan;
vii. Nama Pemohon;
viii. Jawatan Dalam Persatuan;
ix. No. Telefon Bimbit;
x. Alamat E-mel Rasmi Persatuan;
xi. Slip eVENDOR (Pendaftaran di https://evendor.anm.gov.my/);
xii. Sijil Daftar Persatuan;
xiii. Penyata Bank terkini. (pastikan baki akaun tidak dihitamkan dan mempunyai baki minimum RM10,000.00); dan
xiv. Tuan rumah bagi Kejohanan Antarabangsa (Kelulusan Bertulis YB Menteri Belia & Sukan untuk menjadi tuan rumah perlu dikemukakan).
xv. Kertas kerja yang mengandungi;
A. Pengenalan
▪ Tajuk/ Nama program
▪ Objektif
▪ Tarikh laksana
▪ Lokasi laksana
▪ Jumlah peserta
▪ Jumlah pengunjung
B. Mekanisme Pelaksanaan
▪ Kaedah pelaksanaan / syarat pertandingan
▪ Teknikal dan pengadil
▪ Yuran penyertaan
▪ Kaedah promosi
▪ Kerjasama pelaksanaan
C. Kewangan
▪ Kos pelaksanaan yang terperinci (Butiran perbelanjaan menggunakan format microsoft excel yang disediakan dalam sistem)
▪ Nilai Yang Dipohon
▪ Sumber Kewangan (Yuran / Tabung / Sumbangan)
▪ Nilai Tajaan
▪ Return of Investment (ROI)
▪ *Hanya kos penganjuran sukan sahaja dipertimbang. (Cth: Logistik / Teknikal / Makan Minum / Sewaan Peralatan)
D. Penutup
▪ Impak / Harapan
d) Kertas cadangan perlu dikemukakan dalam Bahasa Melayu;
e) Mana-mana permohonan yang tidak mengemukakan dokumen yang menepati syarat Garis Panduan tidak akan diproses;
f) Keputusan Jawatankuasa Pelulus adalah MUKTAMAD dan segala rayuan tidak akan dipertimbangkan kecuali bagi kes-kes yang munasabah;
g) Tempoh pelaksanaan program yang diluluskan adalah sehingga 31 Oktober 2025 dan sebarang pelanjutan tempoh pelaksanaan selepas tarikh tersebut adalah TIDAK DIBENARKAN;
h) Jawatankuasa Teknikal dan Pelulus berhak menentukan ciri dan aspek yang ingin disokong/ diluluskan di dalam kertas cadangan mengikut kadar penilaian sewajarnya dan tidak tertakluk kepada keseluruhan penganjuran program SAHAJA;
i) Jawatankuasa Pelulus berhak membuat semakan semula dan pindaan kepada Garis Panduan ini dari semasa ke semasa tertakluk kepada peraturan-peraturan berkuat kuasa;
j) Jawatankuasa Pelulus juga berhak mempertimbangkan permohonan daripada mana-mana pihak yang tidak dinyatakan dalam Garis Panduan ini untuk kelulusan; dan
k) Menteri boleh membuat sesuatu keputusan yang berlainan dengan keputusan Jawatankuasa Pelulus dan tidak melebihi 50% daripada kos penganjuran yang dimohon. (Tertakluk kepada peruntukan yang mencukupi.)
a) KBS akan mengeluarkan Surat Kelulusan dan Akuan Penerimaan melalui e-mel sekretariat kepada pihak penganjur yang berjaya berserta syarat dan terma yang dipersetujui bersama;
b) Akuan Penerimaan yang telah ditandatangani adalah MUKTAMAD dan sebarang perubahan pada syarat dan terma adalah TIDAK DIBENARKAN;
c) Sebarang perubahan tarikh dan lokasi hendaklah dimaklumkan kepada sekretariat GPS melalui surat rasmi atau hantaran e-mel untuk tujuan rekod; dan
d) Akuan Penerimaan yang telah ditandatangani (salinan asal) perlu dikemukakan kepada Sekretariat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan e-mel surat kelulusan. Kegagalan mengemukakan Akuan Penerimaan dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan kelulusan DIBATALKAN.
i. Selepas mendapat kelulusan
a) Penerima GPS perlu memulangkan Akuan Penerimaan kepada Sekretariat (Salinan Asal) dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan e-mel surat kelulusan;
b) Penerima GPS perlu mendapatkan kelulusan bagi penggunaan logo KBS & Logo Rakan Muda melalui e-mel kepada Unit Komunikasi Korporat KBS (https://www.kbs.gov.my/logo-kbs.html);
c) Penerima GPS perlu mendapatkan Surat Kebenaran (Sanction) oleh Badan Pengelola Sukan. “Kebenaran” ertinya pengiktirafan atau persetujuan bertulis yang dikeluarkan oleh badan pengelola suatu sukan bagi penganjuran acara sukan;
d) Penerima GPS perlu mendapatkan kelulusan Penganjuran Acara Antarabangsa daripada Pesuruhjaya Sukan melalui Sistem eROSA (penganjuran domestik tidak perlu memohon); dan
e) Penerima GPS perlu mendapatkan perlindungan insurans bagi penganjuran program yang diluluskan.
ii. Semasa Program Berlangsung
a) Penerima GPS diwajibkan untuk memastikan pelaksanaan dan penganjuran program mengikut syarat-syarat dan terma yang telah dipersetujui bersama mengikut undang - undang yang sedang berkuat kuasa;
b) Penerima GPS diwajibkan meletakkan logo KBS dan logo utama Rakan Muda dalam penganjuran program sukan yang diluluskan. Pemohon boleh merujuk garis panduan penggunaan logo KBS yang boleh diakses di https://www.kbs.gov.my/logo-kbs.html manakala logo utama Rakan Muda akan di-e-melkan bersama Surat Kelulusan;
c) Penerima GPS hendaklah memuat naik gambar atau video pelaksanaan program di dalam media sosial dan meletakkan tanda pagar #gpskbs #kbsmalaysia #rakanmuda; dan
d) Penerima GPS hendaklah menyediakan Kod QR bagi borang Kaji Selidik Tinjauan Ekonomi Sukan (TES) dan memastikan sekurang – kurangnya 50% para peserta dan pengunjung melengkapkan borang tersebut.
iii. Selepas Program Berlangsung
a) Penerima GPS hendaklah mengemukakan laporan komprehensif mengikut templat yang disediakan selepas program selesai merujuk kepada syarat dan terma yang dipersetujui bersama di dalam Akuan Penerimaan;
b) Penerima GPS hendaklah memastikan laporan pelaksanaan program berserta dokumen tuntutan lengkap dikemukakan kepada sekretariat dalam tempoh 30 hari selepas program berlangsung; dan
c) Sekiranya penerima GPS gagal mengemukakan laporan dan dokumen tuntutan lengkap dalam tempoh yang ditetapkan, kelulusan akan DIBATALKAN.
Pemberian bantuan GPS KBS adalah secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) selepas program selesai dilaksanakan. Pemohon perlu mengemukakan tuntutan berserta dokumen berikut secara hardcopy untuk tujuan tuntutan pembayaran;
i. Surat Tuntutan Pembayaran dengan menggunakan kepala surat (letterhead);
ii. Borang Permohonan (Dijana dari sistem permohonan dalam talian)
iii. Akuan Penerimaan (Salinan Asal);
iv. Salinan Surat Kelulusan;
v. Borang Laporan GPS yang disedia dan disahkan oleh Sekretariat GPS;
Laporan perlu mengandungi :
a. Resit / Baucar Bayaran (Dicop rasmi Persatuan/ Kelab);
b. Jumlah resit / baucar bayaran perlu gandaan 2 dari nilai kelulusan;
Contoh : Lulus RM5,000. Nilai resit = RM10,000.00 dan ke atas.
c. Gambar Program, poster program lain lain;
d. Tangkapan layar (snapshot) bagi hebahan program di media sosial beserta tanda pagar #gpskbs #kbsmalaysia #rakanmuda.
e. Senarai nama penyertaan (berserta no. telefon dan no mykad)
vi. Salinan Sijil Pendaftaran Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan;
vii. Kertas kerja program;
viii. Slip eVENDOR;
ix. Surat Kebenaran (Sanction) Badan Pengelola Sukan berkaitan;
x. Surat Kelulusan Penganjuran Acara Antarabangsa daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS); dan
xi. Dua (2) salinan tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas program tamat.
Program yang mendapat kelulusan GPS akan dipantau oleh pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara/ Jabatan Belia dan Sukan Negeri/ Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) mengikut keperluan.
i. Sebarang aduan mengenai GPS boleh dibuat melalui sistem SISPAA KBS; atau
ii. E-mel rasmi sekretariat (sekretariatgps@kbs.gov.my).