Dana Antarabangsa Belia
Menyokong penyertaan belia Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui mesyuarat, forum, persidangan dan simposium.
Terokai syarat permohonan
Jendela IYF 2026
Permohonan dibuka mengikut siri. Rujuk tarikh berikut.
Membuka peluang belia ke pentas global
Dana ini diwujudkan untuk memperluas penyertaan belia Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui pengalaman, jaringan dan pembangunan kepimpinan global.
Skop permohonan
Skop permohonan perlu meliputi mesyuarat, forum, persidangan atau simposium yang berkaitan dengan belia. Antara penganjur yang boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan penajaan ini adalah seperti berikut.
Syarat permohonan
Semak kelayakan, kategori yang tidak dipertimbangkan, dan tatacara permohonan sebelum menghantar borang.
Layak dipertimbangkan
Kriteria asas yang perlu dipenuhi sebelum permohonan dihantar.
Warganegara Malaysia
Berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Skop program
Skop program seperti mana yang dinyatakan di perenggan 4.
Had kelulusan
Hanya layak dipertimbangkan satu (1) kelulusan sahaja setahun.
Keutamaan
Keutamaan diberikan kepada belia yang menganggotai persatuan, pertubuhan atau kelab yang berdaftar dengan ROY, ROS dan PJS.
Tidak dipertimbangkan
Kategori berikut tidak akan diproses di bawah dana ini.
Kakitangan KBS dan agensi di bawahnya.
Penjawat awam.
Pemohon yang pernah menerima tajaan atau kelulusan IYF atau tajaan KBS bagi program antarabangsa dalam tempoh dua (2) tahun sebelumnya.
Permohonan daripada entiti atau organisasi politik.
Permohonan tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat.
Mesyuarat, forum, persidangan atau simposium yang sedang berlangsung atau telah tamat.
Pemohon menjalankan perniagaan atau aktiviti yang dilarang oleh Kerajaan.
Pemohon disenarai hitam atau diisytiharkan bankrap.
Program yang bertentangan dengan undang-undang, dasar Kerajaan, menyentuh sensitiviti, atau menjejaskan keharmonian dan keselamatan awam.
Program berbentuk bengkel, ekspo, karnival dan seumpamanya.
Tatacara permohonan
Permohonan boleh diisi melalui Google Form yang diakses daripada Portal KBS.
Dokumen diperlukan
Checklist ringkas untuk dimuat naik bersama permohonan.
Curriculum Vitae
Ringkasan akademik, kerjaya dan berkaitan.
Kertas kerja lengkap
Mesyuarat, forum, persidangan atau simposium.
Nama persatuan / NGO
Nyatakan nama persatuan.
Nombor telefon bimbit
Untuk rujukan dan semakan.
Alamat e-mel
Pastikan aktif.
Alamat surat menyurat
Untuk rekod rasmi.
Penyata akaun bank terkini
Salinan yang jelas.
Anggaran perbelanjaan
Pecahan kos perjalanan dan lain-lain.
Nota penting
- Kertas kerja perlu dikemukakan dalam Bahasa Inggeris sahaja.
- Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan tidak lewat daripada 30 hari sebelum tarikh mesyuarat, forum, persidangan atau simposium berlangsung.
- Pemohon yang disenarai pendek akan diangkat kepada Jawatankuasa IYF untuk pertimbangan dan kelulusan. Keputusan Jawatankuasa IYF adalah muktamad dan segala rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Siling Peruntukan
Ringkasan maklumat penting berkaitan bantuan kewangan & pembayaran.
Pemberian Dana
Lebih dari satu permohonan
Pemohon dibenarkan memohon lebih dari satu (1) penyertaan mesyuarat/ forum/ persidangan/ simposium tetapi hanya layak dipertimbang dan diluluskan satu (1) permohonan sahaja setahun.
Kaedah Pembayaran
Pemberian bantuan IYF KBS adalah secara one-off berdasarkan anggaran perincian perbelanjaan yang dikemukakan terhadap kepada yuran penyertaan bagi mesyuarat/forum/persidangan/simposium, tiket penerbangan pergi dan balik (kelas ekonomi), elaun makan, insurans, visa dan penginapan sahaja tertakluk kepada kadar yang diluluskan di peringkat KBS seperti di Lampiran A.
Sebanyak 50% daripada jumlah kelulusan dana akan disalurkan sebagai bayaran pendahuluan kepada pemohon selepas menandatangani Surat Setuju Terima (SST)
dan baki 50% hanya akan disalurkan setelah pemohon mengemukakan Laporan Lengkap Penyertaan Program dalam tempoh 14 hari selepas tarikh tamat program.
Tanggungjawab pemohon
Garis panduan semasa program dan selepas program bagi memastikan pematuhan, hebahan rasmi, serta pelaporan yang lengkap.
Semasa program berlangsung
Tindakan dan pematuhan penting yang perlu diberi perhatian semasa mewakili penyertaan di bawah IYF@KBS.
Patuhi terma
Pemohon hendaklah memastikan mesyuarat / forum / persidangan / simposium yang dihadiri mengikut syarat-syarat dan terma yang telah dipersetujui.
Logo KBS & Rakan Muda
Pemohon hendaklah meletakkan logo KBS dan logo Rakan Muda di dalam slaid pembentangan untuk kegunaan dalam mesyuarat / forum/ persidangan/ simposium tersebut. Pemohon boleh merujuk Garis Panduan Penggunaan Logo KBS dan Logo Rakan Muda yang boleh diakses di laman sesawang KBS;
Kandungan & hashtag
Pemohon hendaklah memuat naik gambar atau video mesyuarat/ forum/ persidangan/ simposium yang dihadiri dalam media sosial dan meletakkan tanda pagar #iyfkbs2026 #kbsmalaysia #rakanmuda ;
Larangan logo politik
Pemohon tidak dibenarkan menggunakan atau memaparkan logo parti politik dalam apa jua medium bagi tujuan hebahan program
Selepas program berlangsung
Tindakan susulan selepas program yang perlu diselesaikan bagi tujuan pelaporan dan penutupan peruntukan.
Laporan bergambar
Pemohon hendaklah mengemukakan laporan komprehensif bergambar mengikut format yang disediakan dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat/ forum/ persidangan/ simposium yang dihadiri selesai sebagai bukti penglibatan
Penyata perbelanjaan
Pemohon juga perlu mengemukakan perincian perbelanjaan sebenar berserta dokumen sokongan (resit/baucar) bagi memastikan dana dibelanjakan seperti mana yang diluluskan
Pemulangan lebihan
Sebarang lebihan baki peruntukan yang tidak digunakan hendaklah dipulangkan semula kepada KBS dan kaedah pemulangan akan ditentukan oleh pihak KBS kepada peserta selepas mengemukakan laporan dan perincian perbelanjaan
Senarai semak permohonan
Semak item penting sebelum menghantar permohonan. Cetak helaian ini untuk rujukan manual semasa penyediaan dokumen.
Permohonan
Semakan asas sebelum borang dihantar.
Dokumen-dokumen
Pastikan semua lampiran utama tersedia.
Dokumen IYF
Akses dan muat turun dokumen rasmi IYF untuk rujukan, permohonan serta pelaporan program.
-
IYF – Garis Panduan 2026
-
IYF – Kenyataan Peribadi
-
IYF – Soalan Lazim
-
IYF – Laporan Penyertaan
Success Story
Penerima Dana IYF@KBS — suara mereka, inspirasi untuk semua.
Perlu bantuan lanjut sebelum menghantar permohonan?
Gunakan saluran rasmi di bawah untuk pertanyaan segera, semakan umum serta bantuan berkaitan IYF@KBS, syarat, dokumen dan jendela permohonan.
international@kbs.gov.my
Untuk pertanyaan rasmi, semakan dokumen atau perkara yang memerlukan rujukan terus kepada urus setia.
Hantar emelASK SARA
Untuk segala pertanyaan segera berkaitan IYF@KBS, syarat, dokumen dan jendela permohonan.
Tanya sekarang